MAKAN DI RESTORAN ROSIMAH IKAN BAKAR TANJUNG DAWAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 



DARI Ipoh, kami meneruskan perjalanan ke Sungai Petani. Pak Inche ajak ikut jalan kampung, santai-santai katanya sebab waktu daftar masuk hotel masih lambat lagi. Sk cadangkan kami ke Tanjung Dawai, beli ikan bilis, tak payahlah meleweh-leweh nak ikut  jalan kampung, buat penat dan buang masa aje. PI setuju dan kami terus masuk lebuhraya, barulah senang rasa hatiku, heheheh.




Sampai tu ngam masuk waktu makan tengahari. Sebelum beli ikan bilis, memang dah aim nak makan di Restoran Rosimah Ikan Bakar ni dulu. Tengok ramai juga pelanggan yang sedang menjamu selera. Susunan lauk-pauk pun sudah berubah, kali ni nampak lebih kemas dan teratur, yang penting sudah dialihkan dari laluan kaki lima yang sibuk.




Hasil pancingan laki-bini, penuh meja. 




Ikan Kembung dan Ikan Pari Bakar.




Ikan Keli Bakar.

Ikan-ikan kat sini dorang perap sambal dan Bakar, bukan bakar kosong. Pencicahnya air asam.




Kerabu Mangga




Ulam dan sambal belacan. PI kecewa sebab tak ada pucuk janggus. Sambal belacan dia sedap, power giler!




Pinggan nasi PI, berladung kuah kari. Rasanya ada babat ke apa lagi dalam tu.




Sk ambil pucuk paku masak lemak dan peria goreng telur pecah.




Sedap sangat masakan kat sini, memang berasa lauk-pauknya.




Pakkal jer hari ni ada kenduri, kalau tak, memang rasa nak pergi lagi hati ni, hihi.




Murah! Tapi tu la.. macam rasa tak lengkap. Kenapa macam murah jer kami makan kali ni?




Dah nak bayar tu baru perasan, ikan besar-besar baru keluar. Ohhhh, patutlah murah, kami ambil ikan kecik-kecik jer tadi. Pari sepotong, ikan kembung tu pun comel aje. Sebelum tu masa pilih-pilih lauk teringin jugak sotong boncit tu tapi bila tengok tanda harga dia letak antara RM15 - RM60, tak berani nak ambil, takut dia caj yang paling maksima, hahahaha. 

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Oh balik kampung rupanya.
    Patutlah SK sebut Merbau Pulas smlm tu ye...
    Sedap² hasil depa mengail :D

    ReplyDelete
  2. Nampak pun sedap sangat lauk semua tu. Suka jugak makan nasi berladung kuah. Peria pecah telur, lama nya tak makan.

    ReplyDelete
  3. Asyik tengok SK menjamu selera di Tanjung Dawai!
    Nanti kalau kami ke Penang, nak paksa Fuad bawa kami ke Kedah, nak makan di Tanjung Dawai hihihiii.

    ReplyDelete
  4. Bestnya JJCM kat Utara, SA akui memang Utara makan murah ..

    ReplyDelete
  5. Langsung saya catat loh kak 😍😍. Saya sering ke Penang malah tak tahu tempat ini 😅😅. Memang nampak sedap. Sambal air asam itu memanng sesuai utk banyak lauk 😍😍

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!