Assalamualaikum WBT
Q Bistro kini dah ada eh kat Skudai, JB. Hari tu masa pergi jemputan kenduri Miza, anak Kak Min di Masai, nampak Q Bistro ni dibuka di sana. Aaa.. jauh nak pergi. Rupanya ada satu buka kat Skudai jugak. Iman snap pic ni. Pak Inche pun cakap, depan Mydin Mutiara Rini tapi sebenarnya yang lebih tepat, depan Lotus, betul-betul di persimpangan lampu isyarat, bangunan corner lot.
Q Bistro ni femes kat KL kan. Ipar duai Sk yang di KL, kalau berkumpul, memang akan ke Q Bistro. Kami juga pernah ke Q Bistro cawangan Shah Alam semasa menginap di sana.
Belek-belek buku menu. Alaaa.. menu kedai mamak sama aje.
Alang-alang menempuh setengah jam perjalanan, kita pekena teh tarik.
Snap pic ni nak hantar kat group Keluarga Tok Min, hehehe.
Sk makan Mee Goreng Mamak tapi tak ada rasa mamak. Rasa mee goreng biasa aje, sedap lagi Mee Goreng Kak Sabariah Kantin Kolej. Mee goreng tak panas pulak tu, tak berasap langsung. Bila disuap, rasa suam-suam aje.
Pak Inche minta Mee Goreng Sotong. Lahh, ingatkan digoreng bersama sotong sekali, rupanya letak sambal sotong kering kat tepi mee macam mee sotong Penang. Sotongnya pulak.. hurmm.. makan ajelah. Sambal masam, Sk tak pastilah sebab terlebih asam jawa atau pasal PI perah limau tu banyak sangat. Tapi, PI kata, dia perah tak kena sotong pun. Cuba tengok gambar-gambar kat atas, PI perah kat tengah mee aje, Sk perasan jugak selalu memang gitu la gaya PI perah limau. Perah kat tengah-tengah baru gaul. Nasib ada bukti bergambar, hahaha.
Pesan Idli gara-gara teracun tengok kak ipar Sk makan Idli di Q Bistro cawangan Damansara semata-mata nak tengok pinggan dia sama ke tak, hahahaha.
Aaaa.. sama!
Balik dari Q Bistro teringat nak singgah rumah Cik Ani ambil karipap. Ni penyambut tamu.
Yey! Dapat ubi dengan sambal hijau. Rezeki!
mee goreng mamak tu nampak macam sedap kak, sebab nampak banyak telurnya tp belum capai standard. Kadang kedai mamak ni dapat yg sedap mee mamak dia mmg sampai teringat2
ReplyDeleteAgaknya dia dah buat sesiap mee goreng mamak tu kot...sebab tu kurang panas..kalau dapat baru masak mesti berasap dan lembab2 skit kan...kadang SA terkena gak..malas nak complain sebab kang suruh buat lain,,ntah apa dia buat ngan mee tu...hehehe..seram..
ReplyDeleteooo patut la macam pernah nampak kat shah alam sini ha...boleh try nanti!
ReplyDeleteRasanya mamak tak pandai masak sambal kot huhu... Selalu juga dapat sambal masam² dekat kedai mamak.
ReplyDeleteTeh Ais Q Bistro PH suka 👍🏻