Assalamualaikum WBT
SEJAK balik dari utara hari tu, perut ni dah diajar sarapan berat pulak. Padahal elok sebelum tu makan telur rebus dua biji tiap pagi pun dah kenyang. Ni pagi-pagi berasa nak makan nasi lemaklah, nasi daganglah, nasi goreng, mee goreng dan pelbagai lagi makanan bergoreng. Baju pun dah mula terasa sendat di ketiak, hahahaha.
Malam pun sama, macam malam tadi, dekat pukul 10 malam boleh mengadap Mee Goreng Mamak. PI kan kerja kat Stadium Sultan Ibrahim, balik tu dia telefon tanya, nak makan apa-apa tak? Pucuk dicita, ulam mendatang.. memang tengah lapar pun kita. Licinlah mee goreng sepinggan seorang, hahaha.
Konon, alang-alang tiga hari jer kerja minggu ni, kita sarapanlah kedai Kak Sab. Nanti cuti-cuti Hari Krismas, taklah rindu makanan kantin, hahaha. Dapat nasi goreng pun boleh. Alasan nak makan kantin dan malas nak rebus telur. Tengok pagi ni ada bubur nasi pulak. Tak pernah lagi Sk makan bubur nasi Kak Sab, selalu aje ada, kita tapaulah tiga senduk 🫣.
Letak dalam polisterin teruslah senang makan. Kalau letak dalam plastik, leceh pulak nak tuang-tuang. Pehhh.. memang sedap bubur nasi berlauknya, nak nak pulak, sambal bawang ikan bilis tu pedas-pedas, ada cili padi potong, sampai berair-air hidung makan, hahahah.
Burpppp... Alhamdulillah.
Samalah kita Kak, sampai dah tak boleh telan telur 2 biji dah hahahaha .. now kemaruk sarapan roti gardenia telur goyang kat rumah hahahaha
ReplyDeletesedapnyer... terliur jugak ni
ReplyDeleteLapar langsung saya 🤣🤣. Tapi Krn IF, belum boleh makan jam segini 😄. Sukaaa bubur nasi, tp kalo di sini biasa lauknya ayam
ReplyDelete