Assalamualaikum WBT
BILA dah menginap di Seremban, Sk terus teringat Zamira Dapur Kayu ni. Dah dua kali nak makan kat sini, tapi tak dapat. Sk ajak Pak Inche makan tengahari di sini, Alhamdulillah, kali ni dapat jugak makan kat sini.
Hari Isnin agaknya, pelanggan tak berapa ramai. Ada arahan agar pelanggan dapatkan meja dahulu sebelum memesan makanan. Mujur banyak meja kosong, jadi suruh PI duduk.
Sotong Bakar atas pan guna arang atau inilah maksud dapur kayu.
Lepas dapatkan meja, bolehlah tengok lauk-lauk ni dan buat pilihan. Ada staf yang akan ambil pesanan kita, tinggal tunjuk-tunjuk aje la. Kemudian, dia akan tanya berapa orang dan bagi nombor pesanan. Nasi putih dan minuman kordial diberi mengikut bilangan ahli rombongan, hehehe. Tapi, bagi Sk macam free flow gitu sebab memang banyak dia bagi, tambahlah nasi dan air berapa kali pun.
Ada menu set dan menu ala carte jugak. Sk pilih ala carte sebab yang set tu macam tak kena dengan citarasa. Tapi, tu laaa.. tak ada kari. Tapi, mujurlah PI okey. Padahal dia aim nak makan kat Kedai Kari Kepala Ikan kat Melaka. Sk cakap, asyik kari aje, sekali-sekala ikut lah selera kita pula.
Gulai Baung Salai (RM35)
Sebelum ni tengok kat Tik Tok, Zarul Umbrella makan Gulai Ikan Baung ni sedap sangat kata dia. Yeahhhh! Memang sedapppp giler! Seekor ni Sk makan seorang, PI tak nak. Dia tobat dah makan ikan baung sebab dulu kitorang pergi Pekanbaru, Riau, hari-hari makan ikan baung, hahaha. Ikan baung kat ZDK ni disalai dahulu, jadi kurang bau hanyir. Kuah gulai dia sedap sangat eh, tak sama rasa macam masak lemak cili padi yang biasa Sk masak, ada bahan rahsia ke apa sedap sangat. Atau rasa salai tu yang bagi lain?
Pucuk Ubi Tempoyak (RM17)
Sedapppp jugak. Ada petai dalam tu. Ni PI makan sikit, adalah hujung sudu, dua kali jugak dia ceduk, tu pun takut-takut macamlah ada racun, hahaha.
Gulai Udang (RM17)
Ambil Gulai Udang dengan kacang buncis ni khas untuk PI. Yang ni rasa dia sama sebiji macam Udang Masak Lemak Cili Api yang biasa Sk masak. Tu sebab agaknya PI boleh terima, hehehe. Satu mangkuk ni ada tiga ekor jer udangnya, PI suruh Sk makan sekor.
Ayam Goreng Rempah (RM6/seketul)
Mintak bahagian peha, dapat seketul peha. Masa mintak tu diberitahu, jika ada peha dia bagi. Ko jangan bang, nanti jadi amukan kalau tak dapat peha, hahaha. Sk nampak memang ada jer peha. Tapi baguslah dia tak bagi dua-dua peha. Yang ni seketul lagi tak makan, bawa balik Johor, Sk buat bekal makan tengahari semalam, hehehe.
Talapia Balado (RM18)
Dah habis fikir dah cukup ke lauk untuk PI ni sebab tak ada kari kan. Nampak sambal udang, tapi macam takkan nak ambil udang lagi. Lagipun sambalnya macam kering sangat. Ternampak ikan talapia berlado ni, ambil seekor. PI makan sebelah aje, tu pun sebelah ikan tu dia makan sepertiga aje. Jadi, ni pun bawa balik, Sk bawa bekal makan tengahari kelmarin, hehehe. Ikan dan ayam ni rasa biasa-biasa ajelah. Sambal ikan pun biasa aje, tak power. Yang sedap sangat di tekak Sk, Gulai Baung Salai dan Pucuk Ubi Tempoyak tu.. perghhhh!
Sayur tak banyak pilihan, jadi ambil ulam. Ulamnya pun cuma daun salad, timun dan kacang botol, set dengan sambal belacan, RM5.
Harga agak kayangan la berpadanan dengan konsep klasik yang ditawarkan. Bolehlah sekali-sekala tutup mata. Burppp.. Alhamdulillah.
Laparnyaaa bila nengok ni pagi pagi 🤩
ReplyDeleteKalau ke sana lehlah saya try...Hehee
meriah menu tu ..ada ikan, udang , ayam...puas mkn
ReplyDeletesodap ni.. hehe
ReplyDeleteFuh.. Betul-betul menyelerakan.. Harga pun 'menarik'. Hehe
ReplyDeletedah berapa purnama dah saya ni nak masak gulai lemak udang campur buncis... sampai dah dua kali be;li udang dah,... udangnya habis buat masak lain
ReplyDeleteGulai Baung Salai tu memang world..nak tau sebab apa? sebab tekstur salai tu menguba rasa kuah masak lemak tu...tempoyak daun kayu tu...kita rindu Mak Pah...
ReplyDeleteAyam Goreng Berempah tu nampak macam rangup betul kulitnya!
ReplyDeleteAkhirnya sampai juga kan. Saya pun teringin juga makan kat sini tapi tulah tak sampai-sampai lagi. Tengok macam sentiasa meriah. Kena pergi hari bekerja jugalah ni. Senang tak ribut nak rebut meja. Ohh boleh tambah air dan nasi. Bagus juga tu. Ini kalau orang Johor dan cakap sedap, kena pergi juga rasa ni. Kalau ada ulaman kampung lagilah berselera makan, kann. Banyak pantang larang PI ni, silap haribulan boleh buat gaduh. hihi...
ReplyDeleteorg jauh dah sampai, org yang selalu lalu bila nak ambik anak kat melaka tu tak sempat pun singgah
ReplyDelete