MAKAN DI MANZANITA AEON BUKIT INDAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 


KISAH hari Selasa lepas, semasa bertugas di luar pejabat. Terlanjur berada di luar kawasan, jadi kami makan pun di luar kawasan. Sk mengajak Naza cari makan di Aeon Bukit Indah, kita masuk dulu la tengok apa yang berkenan. Di aras bawah tu memang banyak kafe, nampak ada Manzanita Patisseries & Boulangarie. Sekali nampak jugak Oriental Kopi juga. Naza kata okey jugak, tak pernah makan di Oriental Kopi. Sekali bila tengok orang beratur (tak panjang sangat pun), Naza tak nak. Rupa-rupanya, dia tak setabah Sk la bab beratur nak makan ni, hahahah. Jadi, kami ke Manzanita.



Kali ketiga Sk ke Manzanita ni. Kali pertama dulu makan di Manzanita cawangan Paradigm Mall dengan Iman, kali kedua Manzanita cawangan Taman Daya dengan Pak Inche dan kali ketiga ni di Manzanita cawangan Aeon Bukit Indah dengan Naza. Tiga tempat dan tiga individu berlainan, hehehe.




Tengahari lapar nasi, la kan. Sk pilih Sweet & Spicy Mongolian Chicken Rice Bowl (RM19.90). Satu hidangan yang lengkap dengan protein dan serat. Ayam Masak Butter gaya Mongolian ni memang ada sedikit perbezaan rasa, dia ada masam sikit tapi tidak keterlaluan, bagi Sk, sedap. Kemudian ada brokoli hijau dan carrot yang dicelur serta cendawan hitam. Melengkapkan lagi hidangan ini ada telur mata kerbau. Nasinya banyak sangat, jarang-jarang la dengar Sk tak habis nasi, kan.. sampai Naza tegur, ialah, jarang dia tengok Sk makan nasi tak habis agaknya, hahaha.




Naza pilih Classic Fried Rice (RM17.90). Pun selambak nasinya. Sk tak rasa nasi gorengnya sedap ke tak, tapi Naza makan habis tentulah sedpa. Tengok udangnya pun mudah dikopek. Nasi gorengnya siap lambat sikit, jadinya bila dah sampai kena cepat-cepat makan, hehehe. Bagi minuman, masing-masing ambil Iced RO Purified Water jer, RM1/segelas.


Burppp... Alhamdulillah. Semoga tak kena kerja luar kawasan lagi, Amiiinnnn YRA.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Waalaikumsalam Wr. Wb.
    Nasi goreng nya enak apalagi campur udang goreng, sedapnya.

    Salam

    ReplyDelete
  2. yummy, yummy!.Oriental Kopi mmg popular...

    ReplyDelete
  3. sedap tu tgk ayam maska butter...nasi goreng ada udang tu pn menarik

    ReplyDelete
  4. Dua2 menu nampak menarik..tapi mata lebih ke arah yang ada udang..dapnyaa

    ReplyDelete
  5. Lawaklah hidangan kedua-duanya. Tu nasi goreng warna-warni siap udang 🍤🍤🍤 besau lagi.

    ReplyDelete
  6. Kerja keluar kawasan la seronok... makan macam2 boleh cuba!

    ReplyDelete
  7. ammi geng dengan naza pulak kat sini....geng tak suka beratur. tp nasi goreng tu mmg nampak tempting sungguh

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!