SARAPAN DI SOTO PERDANA MADU 4

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


PAGI ni keluar sarapan jauh sikit di Skudai. Pak Inche ajak makan Soto Madu Tiga, dia kata. Padahal nama betulnya, Soto Perdana Madu 4.


Kali terakhir rajin keluar sarapan kat sini tiga beranak dengan Iman sekali ada masa tu, bulan Februari tahun ni. Tapi, kalau PI memang beberapa kali jugaklah, dia sorang-sorang pun jadi. Lama tak datang baru tahu, sistem pesanannya dah berubah. Jika dulu mereka ambil pesanan dari meja, sekarang ni kita kena buat pesanan dan bayar, nanti dia bagi nombor dan nombor tu letaklah kat meja kita, nanti ada pekerja hantar pesanan Soto kita ke meja. Minuman pesan di gerai lain.



Dalam perjalanan sempat bebel pasal selalu tak dapat Soto Nasi. Cubalah sediakan nasi impit tu banyak-banyak, leter Sk. Agaknya banyak zikir nak Soto Nasi dapat jugak Soto Nasi, hihi. PI macam biasa makan Mihun Soto.


Siapa nak makan Soto Piau, yang memang betul soto, memang inilah salah satu tempatnya di JB ni. Murah pun murah dan harganya masih tak berubah untuk tahun ini. Baru RM6 untuk semangkuk soto special macam kami ambil ni. Lepas makan Soto, terus balik tapi singgah TMG Mart beli softener, sabun cuci pinggan, sabun mandi, tisu dan sos tiram jer, dah RM50, huhuhu.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Apa pun memang jadikanlah zikir itu satu amalan. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Tak sempat nak cari soto hari tu huhu...
    Masin mulut SK ye, alhamdulillah dapat yg diidam 🤲🏻

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!