MAKAN KENDURI DI SUNGAI PETANI

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


MAKAN Kenduri, itulah tujuan Sk dan Pak Inche balik kampung kali ini. Ibu pengantin lelaki merupakan sepupu Pak Inche di sebelah bapak. Bapa mereka adik-beradik dan bapa saudara Pak Inche ni berkahwin dengan makcik yang berbangsa cina. Makcik masih ada lagi, pakcik memang Sk tak pernah jumpa la sejak dari awal sama macam arwah bapak, tak sempat nak jumpa cuma kenal melalui gambar.




Lokasi : The Ground of Di Jiwa
Cinta Sayang Resort


Doa Untuk Pengantin 
Adiy Zafrul & Siti Salwa


“Allahumma aj'il zawajihima zawajan mubarak, wa sa'adatan daimah, wa ulfatan qawiyah baynahuma.” 

“Ya Allah, jadikanlah perkahwinan mereka sebagai perkahwinan yang diberkati, kebahagiaan yang kekal, dan hubungan yang kuat di antara mereka.”




Nasi minyak, ayam goreng mamak, kari daging & tetel serta acar rampai. Ada ayam masak merah dan taukua sambal jugak.




Karipap pusing,  pau sambal, pulut dakap dan wajik. Tiada dalam gambar tapi masuk ke perut adalah Bihun Sup, Rojak Buah, Bubur Kacang, Cucur Udang dan Burger. Mahu tidaknya makan banyak segitu, kami duduk sembang sampai habis majlis, hahaha. Cuma tak larat nak makan Laksa Siam, Aiskrim pulak tak sempat nak ambil.




Biras Sk, Kak Maznah yang datang dari Terengganu.




Yang pegang baby tu, biras Sk jugak, Kak Zana, orang Aloq Setaq. Baju kuning, Abang Pet, abang ipar. Baby tu cucu mereka.





Tak sangka, semua adik-beradik jauh dan dekat dapat berkumpul. Cuma anak-anak saudara yang tak cukup korum termasuk Iman pun tak ikut balik juga. Selain tujuan kenduri, kami juga ingin mengucapkan selamat jalan pada kak yang akan menunaikan umrah pertengahan bulan Januari tahun depan. Semoga diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan kak di sana nanti, Amiiinnn YRA. 

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. seronoknya, waktu ni la boleh berjumpa sanak saudara jauh dekat kan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    Hadir majlis seperti inilah kita dapat bertemu berkenal mesra dengan sanak saudara. Orang kata yang kauh didekat-dekatkan, yang dekat dimesra-mesrakan.

    ReplyDelete
  3. Segak aih PI... Mak Inche-nya apatah lagi :D
    SK panggil taukua juga ke? Org Kedah mmg sebut taukua, sebut tauhu tak kenai 🤭
    Seronokkan berkumpul ramai²... Semoga beroleh umrah maqbulah utk Kak 🤲🏻

    ReplyDelete
  4. Suka majlis- majlis macam ni...masa ni la nak berjumpa..kadang jumpa tahun lepas ada..tahun ni takde dah kan..itu yang kadang buat sedih tu

    ReplyDelete
  5. Yang paling disuka saat hadir dalam acara wedding kluarga, pasti JD banyak jumpa dengan saudara yg biasanya susaaah nak ketemu 😍😍.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!