NASI LEMAK, LONTONG & NASI DAGANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


SEMALAM Sk bertugas di luar kawasan. Waktu bertugas tidak tetap, tapi tidak jugak ikut suka hati sebab bergerak secara berkumpulan, satu kumpulan dua orang. Partner in crime Sk, macam biasa, Naza. Bila jiran Sk meninggal dunia malam tadi, Sk minta pelepasan untuk masuk pejabat lewat sikit dan minta Naza tunggu dan bagi Sk masa untuk sarapan dulu sebelum keluar.




Dah terlanjur lalu dari masjid, tempat jenazah diuruskan, Sk singgah Gerai Tepian Masjid, ingat nak beli nasi lemak aje senang dan cepat makan tapi terpandang kotak lontong, terus capai. Hari tu beli dah tak ada sambal kacang tapi kali ni dah ada balik. Ke.. hari tu dia lupa letak? Tapi nak kata lupa letak, Sk beli dua kotak, dua-dua tak ada sambal kacang.




Bila alih plastik sambal terkejut tengok telur ada sebiji dah dibelah dua. 




Tuang kuah lodeh. Ini barulah lontong! Memang sedap di tekak Sk rasa Lontong Tepi Masjid ni, kuah lodeh tak cair-bair, sambal kacang dan sambal tumis pun sedap.




Oh, antara sebab tak jadi nak beli nasi lemak, semalamnya dah makan Nasi Lemak Daun Pisang beli kat Warung Pacak Pulai Mutiara. Makin comel bungkusan nasi lemak, hehe. Setiap kali makan nasi lemak daun pisang mesti akan terimbau memori nasi lemak daun pisang kantin sekolah rendah Sk dulu, sebungkus baru 20 sen. Nak kata dulu saiznya lagi besar, tak boleh kata jugak begitu sebab dulu kita kan kecik, jadi semua benda tu rasa besar la kan. 




Pagi ni pulak, berasa nak makan Nasi Dagang. Lepas clock in jam 7.40 pagi, Sk terus ke Pasar Tani Kekal Jalan Datin Halimah. Nampak pulak ketam besar bas ni, sekilo RM46. Tengok sauz ketam tu, silap-silap tiga ekor jer dah sekilo.Rasa nak beli tapi tak ada tempat simpan. Boleh jer tumpang esbox kantin, tapi saja tak nak, hahaha.




Mula nak ke Gerai Cik Siti tapi teringat-ingatlah pulak Nasi Dagang Atas Tol datang Johor hari tu. Jadinya, nak makan Nasi Dagang versi Terengganu. Tak silap gerai Cik Siti jual nasi dagang versi Kelantan.




Kita bungkuslah ya. Sebungkus ni RM6 jer. 




Ikan dah siap potong. Ada juga lauk ayam tapi tadi, ada seorang pelanggan lagi, pakcik tu bungkuskan sekali dia punya dengan Sk punya. Lepas tu, pakcik tu serah la asing-asing, rupa-rupanya orang tu nak lauk ayam, dia tak cakap awal. Ayam pulak dah habis, awal betul, belum pukul 8 lagi, dah wassalam ayamnya. Pakcik masak ayam sekor jer ke, tak tahulah, hihi. 


Sebelum balik, pusing-pusing sikit nampak cucur udang, belilah seketul RM2 (tak ambil gambar). Lepas tu nampak pulak nenas madu 3 biji, RM10. Dah lama tak makan buah-buahan, belilah 3 biji, nanti pukul 10 boleh makan kat office. Haaa.. nampak kalau keluar? Duit mengalir macam air. Tu nasib baiklah tak beli ketam tadi, hahahahah.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Lontong kalau ada sambal kacang, bertambah sedap.

    ReplyDelete
  2. wahhh sedapnya tengok menu lontong akak tu, kalau kt kl ni payahla jumpa.... kalau ada pun takde sambal kacang tu. Nasi dagang tu mcm gaya terengganu je kak, kalau nasi dagang kelantan nasi nya ada yang warna merah2 tu kak.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!