MAKAN DI RESTORAN BUDAK SIEW MAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


RABU lepas, Pak Inche ajak makan di Restoran Al-Anisah. Sehari sebelumnya, PI singgah situ sebelum bertugas di Stadium Sultan Ibrahim untuk bertugas, mereka beritahu restoran dah buka sampai 9 malam. Tu la esok tu semangat eh ajak Sk pergi, lepas maghrib terus gerak, sekali dah sampai, tutup.. grrrrr!




PI kata, macammana? Lepas tu PI cadangkan ke Restoran Cookies & Ginger. Sk macam rasa tak best nak makan situ sebab Iman tak ada, nak makan C&G kena cukup korum barulah syok. Tapi, teruskan jugaklah ke situ, tak ada parking ya. Lalu kami ke Restoran Budak Siew Mai. Ketiga-tiga kedai ni dekat-dekat aje, dekat pulak dengan rumah Cik Ani, hehehe.
 



Pesan Mee Kolok w BBQ Chicken untuk PI dan Sk makan Nasi Goreng Cina. Nasi goreng cina rencahnya dua ekor udang sederhana dan potongan crab sticks. Sedap!




Cuaca baik malam tu, kami pilih makan di luar kedai. 




Ada keropok sayur. Best kunyah-kunyah keropok sambil makan nasi goreng.




Makan kat sini wajib pesan Chee Cheong Fun ni. 




PI memang suka makan mee malam-malam. Setakat nak makan mee sepinggan, memang ke kedai aje la senang, hehehe. Dah ada perubahan sistem pesanan di RBSM ni ya. Sekarang buat pesanan guna QR code, lebih mudah dan cepat. Dia bagi buku menu besar jugak, nak senang rujuk maklumlah kat handphone tu kecik sangat gambar dan tulisannya, hihi.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Restoran Budak Siew Mai ni SA x penah cuba dan masih dalam wishlist..selalu terliur tengok gambar

    ReplyDelete
  2. Bahagianya SK & PI. Nak makan tosei pi kedai mamak. Nak makan masakan Cina datang sini pula. Meriah sungguh menu-menunya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!