PISANG MUDA MASAK LEMAK DAUN SELASIH

Seri Kandi Tanah Jauhar
14

 Assalamualaikum WBT 



ANGAH hantar gambar pisang kapas muda siap dikupas kulitnya. Isi pisang yang masih keras dipecahkan dengan anak lesung, kemudian rebus hingga empuk.




Rencahnya ikan bilis atau ikan kering ni, tak menanya Sk, ditumbuk lumat. 
Dulu, kalau ibu masak sayur pisang ni, Angah la yang suka menolong kat dapur dengan Along. Selalunya Along yang tolong ketuk pisang muda dan Angah tolong siat kulit pisang. Kulit pisang muda ni bukan boleh sekali siat macam pisang masak, jadi kena siat nipis- nipis sampai habis. Sk pulak tukang tengok, hehehe. Adik-adik yang lain pulak masih kecik lagi. Cikwa tu jarak umur dengan Sk, lima tahun.




Siap dah Sayur Pisang Angah. Antara bahan utama yang membangkitkan aroma sayur pisang adalah lada hitam dan daun selasih. 




Angah tayang gambar lagi.




Esoknya, Angah muncul depan pejabat bawa sayur pisang dan jambu bol. Sebenarnya malam tu, Angah ada beritahu nak hantar dalam whatsapp tapi Sk tak baca. 




Tapi, kebetulan pulak bawa nasi. Apa lagi, dua kali sarapan la Sk, sekali makan telur rebus, kedua kali makan nasi dengan sayur pisang. Nasi tu makan separuh jer, separuh lagi buat lunch, hehehe.




Dalam adik-beradik mesti ada sorang yang boleh masak macam mak kita, kan. Sk kalau lauk-lauk macam ni memang idok ler rajin nak memasaknya. Satu lagi lauk rare yang dulu ibu selalu masak, Sulur Keladi Masak Asam. Tapi, mana nak cari sulur keladi. Dulu Angah la tukang cari sulur keladi tepi parit, hahahaha. Dia nyer apa tak pandai, kecik-kecik dah ikut mak masuk kebun tebang pisang la, kopek kelapa la. Sk lembik, ibu kata, kalau Sk naik bukit tu.. boleh mengundur ke belakang,  hahaha. Lumba lari pun kalah, kaki aje panjang, tapi lari macam cat walk, mana nak menang?




Ada ke peminat jambu bol? Malam tadi, belah-belah, potong kecik-kecik, curah kicap manis, tabur gula pasir dengan cili padi. Bila kunyah tu, penuh air dalam mulut, macam span dia keluar air, hahahah. 
Tags

Post a Comment

14Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Uiii.. Sedap ni. Saya suka.. Saya suka..

    ReplyDelete
  2. sedap nya kak oi, jambu susu ada tak kak? kalau ada nak oder la dengan angah akak

    ReplyDelete
  3. SA suka jambu bol...jambu susu pun suka..dulu kat kampung ada pokoknya...dah xde dah habis mati dah...jangan la pupus kan..mana tau SA dapat gak makan suatu hari nanti

    ReplyDelete
  4. Mana nak dapat jambu bol sekarang ni SK. Aduussss.... kecur liur wei! Kecik-kecik dulu selalu panjang pokok jambu bol dan jambu susu nenek. Sekarang dah tak ada pokok-pokok tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cari benih tu, Kak Amie, tanam di halaman Firdaus. Jambu ni kakak sy beli kat fama.

      Delete
  5. Itulah baca pun boleh agak Angah ni cekap di dapur 👍🏻
    Jambu bol tu rasanya kami panggil jambu bola 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa.. dia mmg cekap, kalau sy masak lembab penuh sopan santun, hihi.

      Delete
  6. lamanya tak makan gulai pisang & gulai sulur keladi....dap nya..

    ReplyDelete
  7. dah umur 45 tapi ammi masih belum boleh terima lauk ni...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!