MAKAN ITIK DI RESTORAN AHMAD FOO

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

Assalamualaikum WBT 


SYUKUR, Sk dan Pak Inche telah selamat sampai ke Tanah Jauhar. Perjalanan lancar dalam cuaca mendung. Seronok sangat memandu pada hari bekerja ni berbanding hari minggu. Dahlah cuaca redup, kereta tak banyak sangat, sesekali jumpa lori dan bas express.




Iklan sikit sebelum Sk bawa pembaca ke Restoran Ahmad Foo. Macam biasa la, acara makan Pasembur Md Nor ni merupakan agenda wajib setiap kali balik ke Kuala Ketil. Jadi, lepas kenduri, PI ajak lagi ke Kuala Ketil. Nak makan pasembur punya pasal, kami tak pergi la hi-tea kat hotel petang tu.




Gaul dulu sebelum makan. Sk sebenarnya masih kenyang lagi makan kenduri di Sungai Petani (tipu), tapi pesan jugaklah sepinggan pasembur. Pesan dua pinggan pasembur dan dua cawan teh o panas, RM12. Sedap pasemburnya, tak manis sangat kuahnya macam Sk makan sebelum-sebelum ni. 




Lepak-lepak dulu kat rumah Kuala Ketil, lepas Isyak, baru balik ke hotel. Sebelum balik, PI suruh waze Ahmad Foo, haaa... Sk cakap, Sk nampak restoran ni masa kami lalu sebelum ni nak ke Tanjung Dawai. Sk perasan ayat Chicken X Duck tu.




Ada Chicken Rice dan Duck Rice.




Ada Kueyteow Th'ng. PI nak makan sizzling mee, tapi sizzling mee ada itik aje, tak ada ayam. PI tak makan itik, dia kata tak sampai hati sebab teringat Donald Duck, hahaha.




Last-last PI pesan Nasi Ayam jer. Sk pilih Kueyteow Th'ng Itik.




Comel betul kartun ayam itik tu.




Restoran baru dibuka masa PKP.





Luas dan bersih restorannya.




PI kata, sedap lagi nasi ayam bonda masak. Ofkoslah kan. 




Sk tak ingat pernah makan ke tak Kueyteow Th'ng tapi setahu Sk, Kueyteow Th'ng ni supaya jernih macam chinese sup. Tapi yang ni supnya pekat dan berempah. Sup nasi ayam pun sama, tak tahulah agaknya dah malam ke sup jadi pekat sangat (sebab asyik dipanaskan). Kueteow juga agak kembang dan lembik. Namun begitu, daging itiknya cukup empuk. Kecewa tapi tak kecewa sangatlah sebab itiknya lembut. Orang utara kalau nak makan nasi itik halal bolehlah ke Restoran Ahmad Foo. Waze aje, mesti jumpa.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tak sampai hati jugak nak makan itik . Hihi. Tapi kalau orang tak cakap daging apa telan je kot 😆

    ReplyDelete
  2. anak kak ana pun sama, tak nak makan itik sebab teringat Donald Duck, boleh pulak kan haha :)

    ReplyDelete
  3. Memang lain kedai lain rasa pasembor terutama kuahnya. Kalau Fuad bawa kami makan pasembor, sekejap dia kata pasembor di sana sedap, nanti dia kata di sanun lagi sedap. Entah mana satu yang sedap hahahaa.

    ReplyDelete
  4. PH lepas kahwin baru reti makan itik, sbb in laws suka & selalu beli daging itik...
    Lama tak lalu Kola Ketil, balik nanti² boleh try Ahmad Foo ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahmad Foo bukan di Kuala Ketil tapi di Sungai Petani, PH. Jangan salah lalu, hihi.

      Delete
  5. Last makan Pasemboq masa pi Prai outstation kejap ikut boss..hahaha...x dan nak pi makan kat tempat2 famous...tapi memang sedap...

    ReplyDelete
  6. Saya pun dulu tak makan itik atau bebek Krn tak tega kak 🤭. Bagi saya mereka lucuu dan cute... Tapi tuh lah, sejak coba sekali, langsung memang tak bisa skip 😄. Malah lebih suka bebek drpd ayam.

    Dan di JKT pula banyak sangat restoran bebek.

    Cuma Arnab atau kelinci yang sampai skr saya tak akan makan. Itu terlalu kasian, Krn bagi saya mereka hewan peliharaan. Ada banyak soalnya di Jawa tengah hidangan kelinci.

    Sedaap nampaknya aneka menu di Ahmad Foo ini yaa.

    Lihat pasembur, saya nih kdg ketemu yg tak sesuai selera seringnya. Pernah ada yg sedap di dekat kampus dulu, tp dah tak jualan pula makciknya.

    Pernah coba di gurney, tapi tak sedap. Dah keras, rasa sauce manis sangat

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!