Assalamualaikum WBT
HUJUNG minggu lepas, Cikwa balik Tanah Jauhar. Rasanya dah dua tiga bulan jugak Cikwa tak balik sebab sibuk dengan kerja dan banyak kali jugak kena out station ke Melaka la, PD la dan yang terkini ke Butterworth. Sk, Angah dan Indah temankan Cikwa ke pusara ibu. Lepas tu, Sk ajak mereka ke Warung Pak Akob, makan Nasi Beriani. Dua atau tiga minggu lepas, Sk, Angah dan Cik Ani dah plan baik punya nak makan Nasi Beriani Pak Akob tapi sepanjang malam hingga ke pagi hujan lebat, jadi kami takut ada jalan yang dinaiki air dalam perjalanan nanti, tak jadilah pergi. Kali ni pulak, Cik Ani pulak tak ada kerana beliau ada hal lain.
Dekat sini ada dua bahagian pesanan, satu bahagian pesanan tapau menapau, manakala yang ini pula bahagian pesanan makan di kedai atau dine in. Jelas dinyatakan cara pesanan iaitu secara layan diri.
Selain nasi beriani, ada juga nasi ayam penyet dan soto pelbagai jenis.
Aaaa.. nak makan beratur kat sini, terus buat pesanan. Walaupun dekat papan tadi dia tulis pesan minuman dahulu, tapi ni dia ambil pesanan makanan dulu. Ada kerepek-kerepek dan biskut-biskut raya jugak kat situ, Sk cadangkan kalau nak beli kerepek ke, biskut ke, beli lepas makan di kaunter 'tapau'. Karang, mana nak pegang pinggan, mana nak pegang botol kerepek pulak.
Ada tiga lauk untuk dipilih, ayam, daging atau kambing. Eh, ada ke daging, tak pasti pulak, hahaha. Tapi rasanya ada tu. Kami mula kenal nasi beriani Pak Akob ni sebab dulu ada dua orang sepupu Sk anak-anak arwah Mak Oteh (kakak ibu) ambil katering Pak Akob ni masa majlis kahwin anak dorang. Teruslah suka dengan beriani Pak Akob nak nak kalau ada lutut kambing masak merah.
Adik ni ambil pesanan macam dirakam-rakam pulak suara dia. Dekat sini konsepnya beriani kambus macam Nasi Baryani Mohd Shah Batu Pahat. Mula-mula dia letak nasi, kemudian terus letak lauk kat tengah-tengah nasi tu kemudian dikambus semula dengan nasi. Selambak! Sk suka.. hahaha.
Sebelah kerusi ni ada worang, kita curi sikit gambar kat sini. Sebelah-sebelah lain semua ada pelanggan sebab memang masuk waktu makan tengahari. Sebelah tembok oren ni kaunter minuman, ambil sendiri minuman lepas letak nasi kat meja pun boleh, nak ambil terus pun boleh. Lepas Sk tangkap gambar ni, terus berpusu-pusu pelanggan berbaris kat atas tu. Meja banyak, jangan risau. Parking pun disediakan jugak kat sini.
Nasi Beriani Kambing depan, yang di sanun tu nasi beriani ayam pilihan Cikwa.
Tapi sebelum tu, Cikwa mintak soto. Dah.. orang ajak makan beriani dia nak makan soto pulak, bebel Sk, hahaha. Tu yang Cikwa pesan jugak beriani, lepas tu soto ni bungkus! Cikwa kata lama tak makan soto, tu yang tersebut. Harga soto RM7 semangkuk.
Nasi Beriani Kambing untuk Tuan Tanah Kedaung. Nampak tak bertimbun nasinya. Tapi, tetaplahhhh licin ya. Memang tengah lapar masa tu, cuma sarapan kuih aje.
Kebetulan nampak ada telur pindang kat rumah Angah, terus Sk bungkus tiga biji dan ada telur puyuh pindang jugak tu.
Cikwa tukang kopekkan telur.
Haaa... barulah lengkap beriani Johor jika digandingkan dengan telur pindang. Sedap sangat nasi beriani Pak Akob ni bagi Sk la, orang lain mungkin kata ada yang lagi sedap. Begitulah manusia, tidak pernah puas. Kambingnya pun lembut. Berbaloi tau, macam ni baru RM11, kat kedai lain kat JB ni memang tak dapatlah harga tu dengan porsi yang menimbun macam ni. Tapau jugaklah sebungkus untuk 'orang rumah', hahaha. Harga nasi beriani ayam, RM10 sahaja.
Makan nasi beriani kena minum air bandung, bari syiokkk. Air dia pun banyak, gelas pasar malam yang tinggi tu, baru RM3 secawan. Ni dia guna susu pekat ya, SK tengok masa kakak tu bancuh. Sirap tu dia titis ibu sirap sebab susu pekat dah manis.
Ada pencuci mulut percuma, hari tu dia sediakan Bubur Pulut Hitam. Tak pastilah menu pencuci mulut ni sama atau bertukar setiap hari. Ni pun layan diri dan diletakkan di kaunter. Pandai-pandailah ambik sendiri ya.
Cara ke sini, waze aje Pak Akob Catering, mesti jumpa.
SA bukan penggemar beriani tapi tengok beriani kambing SK, nampak macam sedap sangat..kena la ajak Haidy ni next balik tgok anak nanti
ReplyDelete