MAKAN ASAM PEDAS IKAN MERAH @ PAK YAHYA ASAM PEDAS

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


LEPAS makan Mee Champa di iTU KOPI X D'Nara Meesup Melayu Champa di Simpang Renggam, Sk dan PI meneruskan perjalanan menuju ke Muar. PI la yang memandu kalau ikut jalan kampung ni, Sk jadi co-pilot sambil teman PI borak-borak pasal kucing la banyaknya, hahahah. 




Tiada tujuan lain nak ke Muar selain dari saja-saja nak jalan-jalan dan makan-makan. Nak kata nak ke tempat viral pun tak jugak, pembaca blog Sk ni tentu dah sedia kenal PI ni bukan suka nak makan di cafe-cafe viral dan moden kecuali orang belanja. Kalau dia yang keluar duit kita kenalah ikut gaya oldskul dia tu, kahhh. Sk tak kisah, janji percutian ditaja, bak kata arwah ibu, makan tanggung, ber** cangkung, hahahaha. PI mengajak makan Asam Pedas Parit Jawa, sementelah perut pun dah sedikit lapar, okey sajalah mana-mana nak makan pun.




Pukul 2 petang, pelanggan memenuhi hampir semua meja di Medan Selera Asam Pedas Parit Jawa. Kami memilih gerai no 1, Pak Yahya Asam Pedas seperti sebelum ini yang Sk ceritakan DI SINI. Adik yang ambil pesanan tu minta kami duduk di meja berhadapan gerai no 4 yang tidak dibuka. Dekat sini semua masakan cuma asam pedas ya, tak ada ikan goreng atau ayam goreng. Add on-nya sayur kubis, telur dadar dan sambal belacan. Pilihan ikan antaranya ikan merah, siakap, kembung dan pari. PI pilih ikan merah bahagian ekor, tapi kena tunggu sekejap dorang masak. Cuma bahagian kepala aje yang ada dah siap masak. Masa datang sebelum ni kami makan Ikan Jenahak.




Hampir 20 minit menunggu, akhirnya asam pedas ikan merah dihidang ke meja. Terkejut tengok tebal betul isi dia. Asam pedas Parit Jawa ni berbeza sikit tau kuahnya dengan asam pedas belah Johor walaupun satu negeri. Kalau kat Johor, Asam pedasnya pekat sikit, dekat Parit Jawa (Muar) ni, tekstur agak cair. Aaaa.. kalau nak tahu, Asam Pedas Botak yang viral baru-baru ni pun tekstur cair lebih kurang macam ni la. Zaman sebelum berblog dulu pernahlah jugak sekali dua makan di Asam Pedas Botak tu, huhu.




Walaupun cair, tapi tetap sedap. Tapi sebagai orang Johor, Sk lebih menggemari asam pedas yang pekat. Dia sebenarnya ikut pada jenis ikan juga, ada yang sesuai pekat, ada yang sesuai cair. Kalau ikan merah ni, pekat ke, cair ke, sesuai aje. Kalau ikan mayong tu kena pekat, kalau tidak rasa hanyir. Baru Sk tahu jugak PI suka asam pedas cair macam ni siap pesan nanti balik Johor, masakkan dia asam pedas cair macam ni. Baiklah hahahahah.




Pak Yahya Asam Pedas ni pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Korang kalau datang sini, pilihlah gerai Pak Yahya, heheheh.


Asam Pedas Ekor Ikan Merah
Sayur Kubis
Telur Dadar
Ulam Timun + Sambal Belacan
Nasi Putih 2
Sirap Ais
Ais Kosong

Jumlah RM36


 Murah giler! Kat Johor, jangan haraplah boleh dapat harga tu untuk ikan merah besar tu. Medan Selera ni depan jeti nelayan Parit Jawa jer. Ikan-ikan pun fresh baru keluar laut, nyummmm!!!


Notakaki : Johor - Johor Bahru

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnya...asam pedas ikan fresh from the sea...belum pernah sampai di Parit Jawa..

    ReplyDelete
  2. Ada kalanya ada juga jalan-jalan cari makan kat Muar. Kalau ke sana saya cari Mi Bandung, dan murtabak Singapura.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!