TELUR EXTRA - BREAKFAST & LUNCH TODAY

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


DUA hari berturut-turut Sk tak makan malam. Hari Isnin kelmarin, Pak Inche ada tournament bowling dengan Wakaf An-Nur. Semalam pula, PI kerja, bertugas di Stadium Sultan Ibrahim. Kira acilah hari ahad tu bertungkus-lumus masakkan Siakap Stim Limau untuk PI, hehehe.


Bila tak makan malam, esok paginya memang lapar giler la. Hurmm.. macammanalah orang yang buat IF tu ya. Pukul 12 tengahari baru makan dan skip sarapan. Sk tak boleh, dalam kepala otak ni, anytime is makan time, hahahaha. Macam semalam, Sk boleh breakfast macam buffet tau, hahaha. Bila dah breakfast macam buffet, timing lapar untuk lunch pun lari, la. Pukul 2.30 petang, baru perut bunyi kruk kruk kruk, pergi kantin tengok apa yang ada, nasib ada lagi lauk. Kak Ngah (cashier) pun pelik kenapa Sk lambat beli makan semalam, selalu Pukul 11.30 pagi dah tercongok kat kantin. Memang datang awal sebelum lauk kena randau.




Pagi ni pun sama ya. Dah bawa telur rebus dua biji untuk sarapan, tapi lepas clock in, terus pergi kantin. Nampak pulak Lontong, memang memanggil la, siap bawa naik pejabat dengan mangkuk-mangkuk sekali sebab malas nak pindah dalam polisterin. Lodeh dan sambal bungkus asing. Set lontong ni harganya RM5, ada telur rebus sebelah, Sk masukkan sebiji telur yang Sk bawa tu. Fuhhhh.. separuh mangkuk pun dah rasa kenyang, tapi tetap pulun sampai habis, hihi.




Sudahnya, memang lambat lapar lagi la macam semalam. Tapi, kali ni Sk dah berjaga-jaga, beli jer nasi sebelum lapar. Tengok ada asam pedas ayam, pagi tadi dah ada asam pedas tu, jadi tak mahu. Memang dah dirandau dek budak-budak, dorang ni ceduk kuah aje, ayamnya dorang suka ambil ayam goreng. Lepas tu ada Ayam Masak Kicap, Ayam Butter dan Tomyam Ayam. Tomyam ayam tu tinggal sayurnya aje. Lauk ikan tak ada pulak. Last-last, ambik telur ayam, telur ayam masak sambal dengan sayur kubis, RM4. Kak Ngah pun pelik Sk ambik telur ayam aje, hahaha. Tengah tapau, azan Zuhur berkumandang, jadi solat dulu sebelum makan. Nak makan, kopeklah telur bekal tadi lagi sebiji, jadi ada dua biji telur, cukuplah sumber protein makan nasi hari ini, hihi.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. SA dh 3 hari puasa, dalam office sejuk giler, sampai cramp jari jemari...tgok makanan SK ni terus bulat mata SA...

    ReplyDelete
  2. Wakaf An-Nur...macam biasa dngar je nama ni dalam radio best 104 dedulu. Dulu tu tak dulu sangatlah. masa radio dalam kereta meragam tak keluar channel lain melainkan best 104 je.

    ReplyDelete
  3. yang buat IF tula...pernah try gk...tp lapar hehe...pernh cuba tp mcm tk bole tp bila puasa bole plak haha...mkn lontong kena ada telur br ngam...ada je yg tkde telur tk best

    ReplyDelete
  4. Alaaaa... terliur la pulak tengok foto!

    ReplyDelete
  5. Saya dah setahunan IF kak. Dan so far memang cocok buat saya. Berhenti makan jam 8 malam, nanti start makan jam 1 atau 12 siang.

    Sebenernya kalo memang lapaaar sangat di pagi hari, boleh saja makan buah atau Yoghurt PLAIN. Saya dah terbiasa, tp akhir2 ini lagi suka Greek yoghurt plain, jadi tiap pagi biasanya saya makan 2 sendok Greek yoghurt. Itu bgs buat pencernaan dan awet muda 😄. Intinya kalo dah biasa, pasti kuat. 😁.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!