MAKAN KEK DI MANEH BY MOMO

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


SEKARANG ni antara dessert yang dah viral semula ialah Tiramisu. Sana sini sinun nampak ramai yang kongsi vtt tiramisu tak kisahlah sama ada buat sendiri, jual dan beli. Iman pun terhasut sekali, tapi dia suruh maknya yang buatkan. Memang idok lerrr, entah mana Sk sumbat handmixer pun tak ingat dah. Tu belum lagi nak keluar loyang segala. Nak sebut aje pun dah penat, belum cari lagi.


Padahal, suatu masa dulu zaman masih gagah, jangankan kata tiramisu, segala jenis mak nenek dessert Sk buat, siap jual lagi. Zaman tu pulak, benda-benda viral ni berjangkit antara blogger masak. Memang menular macam penyakit berjangkit, cuma yang bagusnya penyakit positif, penyakit rajin, hahahaha. Sk ingat masa tu tak sabar betul nak balik rumah, nak godak tepung, hahahaha.



Sebelum balik kolej hari tu, Iman ajak pergi Maneh By Momo, nak cari tiramisu. Iman kata, kalau tak ada tiramisu, kek pun boleh. Sk pun dah lama tak datang MBM ni walaupun hari-hari lalu balik kerja. Tengok macam dah renovasi, macam lain sikit pintu dia. Rupa-rupanya dia dah buat macam ni eh, pintu pusing yang macam selalu kita tengok dalam movie orang puteh. Puan Momo ni memang citarasa dia lain sikit, sanggup berhabis demi merealisasikan impiannya nak pintu macam cerita fairy tale, heheheh.




Cilik gambar dari igstories Iman, hahaha. Memang rambang mata eh nak pilih. Tak tahu nak yang mana satu sebab semua mahal-mahal, huhuhu. Memanglah mahal pastries kat MBM ni sebab mesin dia pun harga ribu-riban. Takkan nak jual sebijik RM5, tak balik modal ui!




Tiramisu tak ada, tapi ada Brownies MISU, RM16.90 (dalam bekas segiempat lutsinar tu). Lupa pulak nak fokus kejadian Brownies Misu ni tapi jika Tiramisu menggunakan biskut ladies finger sebagai base, yang ni dia guna brownies. 




Rose Pistachio Cake (RM17) pilihan Sk. Keknya kering sikit, agaknya suhu terlalu rendah. Makan separuh aje, lagi separuh bawa pergi office semalam. Tu pun dekat setengah jam baru langsai, kira berbaloi la RM17 boleh makan dua kali, hahaha. Iman pun sama, tak habis brownies tu, bawa balik. Apa tidaknya, dia makan jugak Donut Chocolate Brownies (RM6). 




Sistem layan diri, buat pesanan di kaunter dan terus ambil pesanan bawa ke meja. Untuk minuman tu nanti dah siap, gajet tu bunyi. Entah apa nama benda tu, hari tu dah tahu tapi dah lupa, hahahaha.




Tak tahu berapa kapasiti cafe ni. 




Dulu, dia guna cawan kaca untuk kopi, sekarang dah guna cup take away ni, bagus jugak. Memang tak habis minum, senang terus angkut bawa balik. Iman pesan Vanilla Blue (RM8.90) tapi habis, tukar dengan Blueberries, harga sama.




Waktu operasi Maneh By Momo. Sesekali rasa nak makan desserts datang sini, tapi kalau tengah pokai pergi Oh My Cakes jer, hahahah.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. browniesmisu namanya..yela skarang tgh viral tiramisu padahal dh lama dh tiramisu tu

    ReplyDelete
  2. Kalau anak-anak Lin Kak, satu jer dia tak puashati dengan Maknya, bila ajak ke tempat Cafe makan dessert Lin tolak hahahah.. sebab Lin bukan pengemar manisan.. Yana paling geram, so kalau nak makan dia ajak kawannya atau tunggu kakaknya balik..

    Kadang keluar dengan Yaya ke blogger ke, Lin order, derang perabiskan.. tengokk geram, amik gambo, tapi tekak tak berapa gemar, boleh makan tapi tak selalu.. suka tengok orang makan dessert..

    Tiramisu Jofliam vs CE hahahaha

    ReplyDelete
  3. dari gambar nampak Rose Pistachio Cake tu kering..tapi rasa sedap kan SK? ye tiramisu popular semula..sana sini ada dan cepat sold out

    ReplyDelete
  4. Tu diaa…banyak sungguh pilihan.
    Manisan gini memang tak boleh ambil banyak sebab cepat muak. Tapi itulah bila dah rambang mata, mana boleh ambil sejenis dua je kan 😄

    Saya masih tak tau apa nama benda yang berbunyi bila pesanan siap tu 😄

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!