MASAK KARI AYAM & NASI GORENG AYAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


DAH keluar pun waktu bekerja muktamad bagi tahun 2025. Nampaknya ramai yang menolak cadangan kerja 4.5 hari seminggu. Bagi Sk ada pro dan kontra jugak tu. Seronoknya lahai hari Jumaat balik pukul 12 kan tapi buat apapun nak balik awal sangat tu? Lebih baik kerja aje macam biasa balik pukul 5 setiap hari. Kalau Jumaat balik pukul 12, hari lain tu kena balik pukul 6. Àaaaa.. tak sanggup nak hadap jammed kalau balik pukul 6 tu. Silap haribulan, pukul 8 malam baru sampai rumah.




Masak Kari Ayam hari rabu atas permintaan Pak Inche. PI kata, belum makan nasi. Sk offer untuk masak, dia mintak kari ayam. Okeylah dari minta Ayam Masak Merah, hahaha. Senang jer masak kari ayam sebab terus lebur dalam periuk.  Ni pun Sk masak guna periuk noxxa sebab malas nak jaga atas api. Balik kerja terus defrost ayam, lepas maghrib baru mula memasak. Kalau masak guna periuk noxxa, semua bahan kena siap sedia, tak macam masak atas tungku dapur yang kita boleh kawal apinya. 


Kari Ayam Noxxa


Bahan-bahan

1/4 ekor ayam, potong kecik
1 biji bawang besar kisar halus
Rempah 4 sekawan
Daun kari setangkai
3 sudu Rempah kari daging 
Air secukupnya
2 biji kentang dipotong sederhana besar
2 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya


Cara Memasak


1. Tetapkan mode stir fry. Masukkan minyak masak. Kemudian tumis bawang kisar, Rempah empat sekawan dan daun kari.

2. Masukkan rempah kari dan sedikit air. Kacau, tambah air sedikit-sedikit, kacau hingga terbit minyak. Matikan tetapan stir fry.

3. Masukkan ayam dan kentang. Tutup periuk dan letak tombol di pressure. Hidupkan mode HP (Sk set 13).

4. Lepas mode HP tamat (00), lepaskan wap. Buka tutup periuk dan letak mode stir fry.

5. Tambahkan air secukupnya, masukkan garam dan asam gelugor. Biar ia merenih sebentar. 


Aaaa.. shiap!
 



Sambil-sambil tu, Sk goreng ayam siap-siap. 




Dari suku ayam tadi potong kecik, ambil 4 ketul buat ayam goreng ni. Ada baki 2 ketul, masuk esbox, esok pagi eh, tengok tinggal seketul. Nasi baki sepinggan, kari ayan berbaki jugak, ingatkan nak bawa bekal tapi malas pulak nak panaskan.




Malam tadi, buat nasi goreng. Mula tanya PI, nak nasi goreng Thoufeeq ke nasi goreng bonda? PI jawab nak nasi goreng bonda. Aaaa... tahulah, bonda punya nasi goreng shedapppp! Masukkan sekali ayam goreng seketul tu potong kecik-kecik, jadilah nasi goreng ayam. Sk tumis bawang putih, bawang merah dan cili kisar. Masukkan ayam goreng potong kecik, pecahkan telur. Lepas tu masukkan nasi, kacau, tambah kicap. Akhir sekali taburkan daun bawang, kacau rata, shiappp nasi goreng ayam!

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!