BRUNCH LEMPENG KELAPA W ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


LAGI dua hari nak masuk tahun 2025 ni asyik fikir nak makan sedap aje. Mula tahun 2025 nak mulakan diet drastik (kunun). Berat Sk statik tak turun-turun hampir dua tahun. Setiap kali timbang, pergerakan angka tu macam lebih kurang tu je, sama ada turun 600 gram, sat lagi besoknya dia pergi balik kat angka asal. Tu takpa, nak nak akhir tahun ni rasa baju seluar macam dah ketat terutama kat lengan dan ketiak. Hari tu timbang guna timbang pejabat, dah naik tiga kilo. Patutlah senak!




Teringin nak makan Nasi Kerabu Kak Yah tadi, eh.. tutup pulak. Tengok papan tanda, rupanya Kak Yah memang cuti hari Isnin. Dah, Kak Yah tutup, kami ke sebelah la.. Warung 60-an. Dah dekat pukul 11 pagi, tak ada orang dah. Cuma ada satu dua meja aje yang diduduki pelanggan. Ada seorang tu pulak tengah syok meratah kepala ikan sembilang sorang-sorang!




Datang bertiga dengan Cikwa dan Angah. Cik Ani tak ada, dia tak sedap perut. Pesan dua mangkuk ikan sembilang bahagian badan, tapi Sk sorang jer makan semangkuk, hahaha. Angah makan nasi goreng dan lempeng sekeping. Sk dan Cikwa masing-masing makan dua keping lempeng.




Tak tahu kenapa kali ni lempengnya macam liat sikit. Agaknya sebab dah sejuk ke, tapi masih suam-suam lagi.




Tapi yang best, kuah asam pedas ni dah mesra betul. Biasa Sk datang pagi dalam pukul 8, kuahnya agak cair, agaknya sebab baru masak.  Tadi pun nampak lauk asam pedas tinggal sepertiga periuk. Dekat sini, sekali dia masak asam pedas seperiuk besar tu ya. Sedap kuah asam pedasnya cuma bila letak ikan sembilang ni dia ada rasa macam klorin sikit. Ikan sembilang ni fragile kan, jadi, dalam kuah dia adalah serpihan isi ikan, tu yang buat lagi mesra rasa dia.




Patut minum ais kosong aje tapi bila ditanya nak minum apa, tershashul sebut dot dot dot.



Hari ni la agaknya dapat makan siang last tahun 2024 sama-sama. Esok dah plan nak makan sama dengan kawan office pulak sebagai penutup tahun 2024 dan nak sambut belated birthday Aida. Kesian, Aida.. lambat celebrate birthday dia sebab kitorang semua tengah banyak kerja. Nak tak nak, esok jugak kena pergi makan-makan, kalau tunggu 2025 nanti dah basi, hihi.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Boleh pulak tersasul masa order air ya Sk 😆
    Macam cik laki kita, kata nak order kurang manis tapi hmm asik lupa manjang nak sebut kurang manis tu.

    ReplyDelete
  2. Lamanya tak makan ikan sembilang ni.

    ReplyDelete
  3. sedap lempengnya... yumm yumm yumm

    ReplyDelete
  4. Seronoknya makan bersama. Harap Cik Ani cepat sembuh. Lempeng memang tak pernah mengecewakan, dua keping pun macam tak cukup, kan?

    ReplyDelete
  5. tak pernah try makan lempeng ngan kuah asam pedas hehehe kita prefer sambal

    ReplyDelete
  6. Memang sedap lempeng cicah ngan asam pedas...cekodok pun sedap cicah ngan asam pedas

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!