MENGINAP SATU MALAM DI MUAR TRADERS HOTEL

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


KALAU diikutkan, bercuti ke Muar ni tak ada pun dalam perancangan. Tapi tiba-tiba Pak Inche kata, jom la, lama tak makan-makan kat Muo, maka terjadilah ia. Lepas makan Asam Pedas Parit Jawa, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Maharani di mana kami akan menginap satu malam di Muar Traders Hotel.




Ini kali kedua Sk menginap di sini setelah sekian lama. Kali pertama datang lebih 20 tahun lepas, masa tu dapat jemputan kenduri rakan sekerja Sk di Muar, Roha namanya. Dengan Roha pun dah lama terputus hubungan, semoga Roha baik-baik sahaja. Sk ingat lagi, bilik penginapan kami masa tu sangat besar, macam hall dengan satu tiang di tengah-tengah.  Bilik kali ni kecil sahaja, Deluxe Queen, harga boleh tahan jugak RM190 semalam termasuk sarapan untuk dua orang. Cuti am, kan.. tu agaknya tak murah harga biliknya walaupun cuma di Muar. Sk rasa bilik ni telah direnovasi, walaupun kecil tapi cantik jugak kemasan dinding dan lantai yang dilitupi permaidani.




Ada ruang wardrobe dan make up table berasingan di laluan masuk bilik.




Laluan ke bilik dari wardrobe tadi. Ruang solat pun luas dan selesa.




Peti sejuk mini disediakan.




Minuman teh dan kopi 3 in 1, senang nak bancuh.




Bilik dengan view Sungai Muar dan boleh kelihatan Masjid Sultan Ismail, Tanjung Agas. Siang cantik, malam lagi cantik ya. Laungan azan jugak boleh didengari semasa tingkap bilik dibuka. 




Pagi esoknya Sk memilih bersarapan Mee Goreng Bodo. Ada condiments nasi lemak seperti kacang tanah goreng,  ikan bilis, timun dan sambal tumis tapi nasi lemaknya tak nampak pulak. Yang ada, nasi goreng.  PI kata, nasi goreng tak ada rasa, huhu.




Semasa mendaftar masuk ke ruangan buffet, kami diberi kertas kecil yang bertulis 'omelette - 2'. Serahkan kertas ni pada waiter, dapatlah omelette sorang satu yang disediakan di bahagian kitchen. Tiada live station untuk telur. Untuk menu American breakfast cuma ada sosej dan kacang panggang serta salad. Bolehlah makan dengan omelette. Selain tu ada juga roti dan desserts, kopi dan teh.




Pukul 12 tengahari baru check out. Memang santai-santai jer tak ada apa nak dikejarkan, hehehe.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. cantik biliknya, solid.. lady suka bilik begini..

    ReplyDelete
  2. Kita br pas makan kat pt raja tadi lunch heheh

    ReplyDelete
  3. Cantik ruangan dlm bilik..serba serbi lengkap.. okla ada view subgai dan masjid lgi tu :D

    ReplyDelete
  4. dah lama x stay overnight kat hotel. Kalau jalan2 pun kami stay di inap desa sbb 6 org sekeluarga lagi jimat dok homestay....Mcm pi Dungun bln Jun lps pun dok d homestay je.

    ReplyDelete
  5. Luar juga biliknya, boleh berlari-lari.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!