BERBUKA 5 PUASA - AYAM MASAK LEMAK CILI API w SPAGHETTI & NASI

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


ALHAMDULILLAH,  dua hari ni Sk dapat clock in sebelum pukul 7.30 pagi. Dua hari sebelumnya, clock in jam 7.36 pagi. Rushing nak masuk kerja awal sebab nak balik awal sebab nak masak untuk berbuka puasa. Nampak tak dia punya banyak sebab tu, hahahaha. Semangat la puasa tahun ni memasak, bukan boikot bazar ya, cuma elakkan ke bazar. Sk ni kalau ke bazar semua benda rasa nak beli, jadi, baiklah jangan. Nanti PI pun surrender!


Semalam, 6 Mac 2025 bersamaan 5 Ramadhan 1446H, PI ada program berbuka puasa bersama Ranhill SAJ x Kelab Media Johor di Horizon Hills Golf Resort. Mula dah tanya Iman, nak makan apa untuk berbuka? Dia minta masak nasi lemak sambal pekat-pekat macam kat Nasi Lemak Atas Bukit tu. Nak buat sambal pekat-pekat tu boleh, tapi kena restock cili kering dan bawang dulu, tunggu ya. Jadi, semalam ikut selera mak dia la, nak makan Ayam Masak Lemak Cili Api. Nak makan pulak dengan spaghetti, hihihi. Fusion sangat selera mak ko, nak. Iman pulak nak nasi, jadi, kita masaklah jugak nasi.


Sk masak suku bahagian ayam bahagian dada dan kepak, banyaklah isinya. Bahagian dada ayam tu Sk potong tiga keping memanjang dulu, kemudian baru potong kecil bahagian selebihnya.


Untuk kuah masak lemak, Sk kisar halus  2" kunyit hidup, 33 biji cili api. Kemudian panaskan dalam periuk bersama sedikit air dan sebatang serai diketuk. Dah mendidih tu, Sk masukkan ayam dan daun kunyit, masak sampai ayam kecut, kemudian baru masukkan santan. Sk guna sekotak santan Ayam Brand 200ml. Walaupun guna lebih 30 biji cili api, tapi tak pedas langsung pulak.


Ni sebelum masuk santan. Sk ni kalau masak guna timer tau. Sk renih ayam ni dalam 15 minit kemudian baru letak santan. Lepas masuk santan tu baru masukkan garam. Nanti kita kacau-kacau anggaran 5 minit, masaklah sempurna ayam kita tu. Yang hitam tu asam keping, hehehe.


Lepas tu Sk selongkar freezer, jumpalah nugget dua ketul, ayam karage ke apa ni tiga ketul kot, karipap pusar tiga ketul, karipap biasa pun ada dua ketul, Sk goreng semua sekali, kasi lapang sikit laci esbox tu.  


Lagi setengah jam nak berbuka, ambil ayam bahagian dada ayam tadi, panggang atas non stick pan ni sampai bahagian luarnya garing sikit. 


Sementara tu rebus spaghetti. Sk memang suka rebus spaghetti dalam kuali, puas gaul, spaghetti pun elok tak putus. Kita rebuslah ikut masa yang dicatat di label. Yang ni rebus 13 minit, letak garam dan minyak semasa merebus.


Oh, dekat-dekat nak balik semalam, ada pelajar kursus penyediaan makanan buat jualan Roti John, Sk beli dua.


Muai roti John banyak inti, tapi sayurnya kasar betul potong, hahaha.


Spaghetti w Ayam Bakar dengan kuah lemak masak cili api. Dua kali makan la, sekali dengan spaghetti, sekali lagi dengan nasi. Cuma kuah masak lemak tu tak berapa lekat la dengan spaghetti,  kita sepatutnya guna krim gantikan santan kalau nak buat menu fusion macam ni.


Sahur tadi, Sk terjaga awal. Terus panaskan nasi dan masak lemak. PI tak nak makan nasi dengan lauk lemak tu, nasiblah ada lagi sekotak Kueyteow Goreng beli kat bazar kelmarin, Sk pecahkan telur dalam kuali, kemudian masukkan kuey teow tu, panaskan. Jadi, PI sahur kueytoew laaa.. dia makan separuh aje, Sk dan Iman la jadi majlis bandarayanya,  macam tak biasa, hahahahah. 

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Betul fusion nie.. Spageti dengan kuah lemak cili padi

    ReplyDelete
  2. Nasib ada Iman tengah cuti ye Kak kalau tak berbuka sorang
    Kita pun tengah cuba tak nak ke Bazar ni.. seramm hahahaha

    ReplyDelete
  3. spaghetti dgn kuah lemak yummyyy

    ReplyDelete
  4. Kita belum lagi jejak bazar Ramadan puasa ni. Selesai kerja di ladang rasa hendak cepat-cepat balik berehat.
    Teringin juga makan kuih itu kuih ini, tapi bila teringat pengalaman buruk beli makanan di bazar Ramadan, terpaksalah cancel...
    Tak sabar nak balik kampung, nak cari kuih-muih di bazar Ramadan di sana.

    ReplyDelete
  5. Menu rare ni, spagetti kuah masak lemak.
    Banyak tu, guna cili api, sampai 33 biji. Saya guna biasa tak sampai 10 biji, itu pun ada budak dah komplen mama masak pedas!

    ReplyDelete
  6. menangis org itali tgk menu ni😁

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!