Assalamualaikum WBT
HARI tu lalu kat thread, perkongsian dari seorang pemilik akaun, noor_ida.49, berkongsi resipi Kurma Kukus. Dikatakan Kurma Kukus ni merupakan tradisi wajib setiap kali bulan puasa ketika ibu bapa beliau masih ada dan kini diteruskan beliau. Mesti buat walaupun sekali ketika di bulan puasa sahaja. Sk share link di bawah:
https://www.threads.net/@noor_ida.49/post/DHIS2zzRihn?xmt=AQGzWVLW4TI3jtNxcrPO9PdoN9CZS9gt5q30bQ8m_zxvsA
Tertarik sungguh dengan Kurma Kukus tu mengenangkan lambakan kurma di dapur, ada yang dah buka, ada yang masih dalam kotak, Sk buat semalam untuk berbuka.
Resipi asal boleh baca kat thread ya. Cara Sk ni derhaka sikit sebab Sk letak garam.
Sk rasa, lain kali boleh skip gula sebab kurma dah manis.
Caranya, susun kurma yang telah dibuang biji ke dalam mangkuk tahan panas. Dalam bekas lain, larutkan santan, tepung jagung dan sedikit garam. Kurma tu ikut lah nak letak berapa biji ikut saiz bowl. Sk guna ramekin porcelain bowl saiz kecil ni jer, muatlah 5 biji kurma besar ibu jari tu. Jangan lupa buang biji kurma dulu. Sk guna santan kotak campur air sikit.
Kukus guna api perlahan selama 10 minit. Sk kukus guna rice cooker, 8 minit. Buat dua mangkuk jer sebab semalam berbuka seorang. Satu makan masa berbuka, satu makan lepas Isyak, heheheh. Huish, tak pasal-pasal makan 10 biji kurma semalam, padahal selalu berbuka makan kurma 2 biji jer, hihi. Tu takpa, risau buat hari-hari jer karang, hahahaha. Sedap sangat, tak percaya, sila buat petang nanti!
rare menu kurma kukus tu
ReplyDeleteTu la, tak pernah jumpa lagi
DeleteSedapnya ni, thanks kongsi idea. Boleh try nanti.
ReplyDeleteTry jangan tak try, hehehe
DeleteKalo pakai tepung beras pun boleh kan...macam kita buat badak berendam tu..ish pandai jer tukar resepi...
ReplyDeleteKita pun ada fikiran yg sama semalam, hehehe.
DeleteFirst time nampak ni...
ReplyDeleteLangsung saya save. Saya memang tak suka kurma yg dimakan langsung. Tp kalo diolah menjadi kue, minuman atau dessert suka.
ReplyDeleteHarap ada lagi baki kurma. Boleh try. Selalunya Fairuz suka buat susu kurma.
ReplyDelete