Assalamualaikum WBT
SALAM JUMAAT
NAMPAKNYA hujan berterusan lebih 48 jam telah menyebabkan bah di banyak kawasan di Johor. Semalam, bos membenarkan staf yang sama ada terlibat dengan banjir atau perlu melalui kawasan dinaiki air untuk pulang ke rumah awal. Kawasan perumahan Sk setakat ini Alhamdulillah, belum ada sejarah banjir tapi nak balik ke rumah, kena lalu jalan Skudai yang dah jadi laut. Bila bos bagi balik awal, memang Sk tak buang masa la, terus berkemas dan start enjin kereta. Bila sampai ke jejambat masuk ke Skudai tu, kenderaan dah beratur panjang. Sk terus mengambil laluan menuju Plaza Tol Perling. Tak apalah bayar tol asalkan tak sangkut dalam banjir. Mujurlah dah ada laluan alternatif sejak Taman Pulai Mutiara dibuka, seingat Sk, sejak Iman tingkatan 5.

Selain risau jalan banjir, Sk jugak risau pasal ada beli kek buah dari
Blogger Jaja. Sk lupa nak pesan dengan Pak Inche agar jangan kunci pintu pagar sebab Kek Buah tu dijangka sampai semalam menggunakan perkhidmatan Skynet. Dalam pukul 2 lebih, abang courier call, beritahu dah sampai depan rumah, Sk minta dia masukkan dalam pagar. Kemudian dia hantar voice call beritahu, dia dah masukkan parcel dalam plastik lain supaya tak basah kena hujan.
Terharu betul. Semoga Allah swt permudahkan urusan Abang Courier Skynet ni.
Tak basah langsung la parcel ni. Kek tu, staf skynet yang tulis, Jaja kata. Tu agaknya abang courier risau masuk air.
Dibungkus dengan berlapis-lapis wrapping bubble. Terima kasih, mami Jaja. Dah banyak kali order kek dengan Jaja, memang terbaik! Bila nampak Jaja open order kek buah, terus cepat-cepat pm Jaja.
Lupa nak ambil gambar kek sebiji. Ni dah potong baru perasan tak ada gambar kek sebiji dalam bekas. Elok sangat tekstur kek buah Jaja sebab buah-buahan kering tu tak turun ke bawah.
Berbuka semalam makan kek buahlah kita, tak sabar nak tunggu raya la, hahaha. Bukan sahaja cantik tekstur, rasa pun enak. Tak tahu la Jaja open order lagi tak, apa-apa, tanya Jaja sendiri ok, hahahahah.
smoga dipermudahkan urusan mangsa banjir di Johor....kek buah ni kita suka juga tp tk suka yg mcm ada berempah sgt
ReplyDeleteTeruk juga dengarnya banjir di Johor ni SK ye... Semoga dipermudahkan urusan semua yg terlibat 🤲🏻
ReplyDeleteAmanah sungguh Abg courier tu, terbaiklah 👍🏻
terkejut bila johor hujan nonstop...semoga mangsa di kawasan terjejas baik2 je..aamin..
ReplyDeletesedap betul nampak kek buah tu
Semoga dipermudahkan segala urusan mangsa yang terkena banjir.
ReplyDeleteBetul nampak cantik buah-buah yang terletak dalam kek.
ReplyDeleteStay safe.
Sedapnya kek buah tu...
ReplyDeleteSedih tengok sesetengah tempat dah jadi laut kat Johor...ada yang dah sampai atap banjirnya...nasib ipar duai x kena...kat Kempas rumah diorang kawasan tinggi...tp ada la area Kempas yang kena..nampak sedap la kek buah tu...terliur tengok
ReplyDeleteuiiihhhh sedap niiiii
ReplyDeletesy kalau mkn kek buah mesti nak panas2
msk microwave sekejap
barulah feel fuhhh
hahaha
sedapnye kak kek buahnye...
ReplyDeletesini dijangka hari ni hujan n banjir, tp mintak xbetullah... skrg belum hujan cuma cuaca mendung..
Semoga hujan tak berketerusan di sana ya kak.
ReplyDeleteFruit cake ini kue mahal. Biasanya selalu ada di acara2 festive season. Dan saya suka kalo buahnya banyak , memang sedap makan sambil minum kopi.
Tapi fruit cake di sini kadang harus tanya dulu dicampur dengan Bourbon liquor atau tak. Krn mostly fruit cake yg dijual di sini ada campuran alkohol.