Assalamualaikum WBT
SEJAK pagi tadi, hujan turun di kawasan pejabat Sk ni ha dan tiada tanda-tanda nak teduh. Hujan agak lebat, mujur tak ada ribut petir. Semalam, dengar-dengar, geng office nak pergi jualan murah dekat kilang F&N hari ni, tak tahulah jadi ke tidaknya. Sk, idok lerrr nak pergi. Baik duduk diam-diam, selamat duhet, hahahaha. Murah-murah pun, duit jugak. Dahlah tahun ni raya dengarnya habuk pun tarak. Bertabahlahhhh!
Kisah semalam, 17 Ramadhan 1446H. Pak Inche ada program berbuka bersama Football Association of Malaysia (FAM) di Grand Paragon Hotel. Sk masak Spaghetti Goreng Tomyam je untuk berbuka sebab malas nak masak lauk. Ada leftover Asam Pedas Ikan Pari, ikan tinggal dua ketul, tapi Sk nak bawa ke sahur, hehehehe.
Sk guna pes thai tomyum ni untuk goreng spaghetti. Mula tu berbelah bahagi jugak sama ada nak masak tomyam atau aglio olio.
Pukul 6.45 macam tu, baru masuk dapur dan tenggek kuali atas tungku dan rebus spaghetti. Tak nak masak awal sebab nak makan panas-panas sebaik sahaja masuk waktu berbuka, hehehe. Dekat 8 minit rebus spagheti, dekat tungku satu lagi, Sk tumis bawang putih, kemudian masukkan pes thai tomyum, fishcake dan udang. Letak santan sikit, kacau sampai udang masak.
Spaghetti dari kuali sebelah terus angkat masukkan dalam kuali yang dah siap ditumis rencah. Gaul bagi semua sos tomyam melekat kat spaghetti.
Idea nak masak spaghetti ni pun spontan jugak.
Plan asal patutnya nak berbuka dengan nasi beriani bazar tapi last minute tu PI kata, FAM datang Johor untuk sesi ramah mesra bersama CEO skuad Harimau Malaya, Robert Friend. Takpe la, kita bagi laluan.
Jus limau nipis perah kemudian masa nak makan. Agak-agak nak masam-masam, perah banyak sikit. Tapi Sk ni jenis masam sikit cukup.
Lagi dua minit nak berbuka, siap dah hidang kat meja. Makan separuh aje, separuh lagi ingatkan nak makan moreh tapi rasa macam nak diet pulak, hahahaha. Risau baju raya tak muat.
Dessert semalam, malam ni nak buat lagi la Kurma Kukus bersantan ni. Sedap ya amat! PI balik, dia tanya, makan apa? Lapar tak? Tu percubaan nak ajak ke mamak namanya, kita malas nak layan.
Ni sahur pagi tadi, tengah tunggu nasi panas. Nasi kelmarin banyak lebih, panaskan aje jangan membazir. PI minta telur mata bubuh kicap. Sk habiskan lauk Asam Pedas Ikan Pari dua ketul dengan seekor ikan kembung goreng. Fuhhh.. makan sahur banyak tak apa, sebab lepas tu kita tak tidur dah, kan, hahahah. Entahlah, orang puasa makin kurus.. tapi Sk???
Tengok Sk masak macam mudah je semuanya, hasilnya menggoda pulak tu. Memang susah nak mengurus bulan puasa kalau gini :D
ReplyDeletesaya pun suka guna pes tomyam Thai, jadi sedap masakan.
Spaghetti tom yam tu lama x buat..selalu makanan gini untuk tekak sendiri jer layan..isi rumah kurang..
ReplyDeleteThanks bagi idea, boleh try buat spaghetti Tomyam ni.
ReplyDeletekurma kukus bersantan ni menu baharu kan? rasanya blom masuk fb lg.. hehehe
ReplyDeleteSelamat berbuka puasa an bersahur
ReplyDeletesodap
ReplyDeleteBulan puasa memang godaan makin besar kak 🤣. Apalagi dengan bazaar ramadhan di mana2 tempat. Macam mana lah nak diet 😂
ReplyDeleteMenarik juga Tomyam spaghetti. Blm pernah buat. Nak beli paste nya dulu
Ok nak try kurma kukus bersantan tu...nampak sedap nau :)
ReplyDeletesedap tgk spaghetti tomyam tu..tkpernh try lg buat
ReplyDeleteNampak sedap la dessert kurma tu...spaghetti tomyam tu pun x pernah makan lagi..kena buat gak ke camne ni...terliur SA...SA sebab x sihat so berat turun 4kg terus...until today masih x sihat
ReplyDelete