Assalamualaikum WBT
SK ambil cuti kecemasan hari ini. Sebenarnya, Sk dah keluar pergi kerja macam biasa pagi tadi tapi trafik sesak tak bergerak di susur keluar Taman Pulai Mutiara. Teringat-ingat semalam, mengesot sampai nak masuk highway, Sk buat pusingan U apabila keadaan agak selamat. Bos pun dah cakap semalam, siapa yang tersangkut dengan kesesakan hari ni kalau nak ambil EL, boleh ambil. Aduh, hilanglah cuti tahun sehari tapi Sk lagi sanggup hilang cuti tahun dari mengadap jem rabak!
Semalam, di kolej, ada Program Bubur Lambuk. Bubur lambuk dibuat dua jenis iaitu ayam dan daging. Sk bawa balik sebekas Bubur Lambuk Ayam dan semalam, 19 Ramadhan 1446H, berbuka seorang kerana Pak Inche ada program berbuka bersama Johor Corporation (JCorp) di Holiday Inn Hotel Johor Bahru.
Sedap bubur lambuk, cukup rasa dan rempahnya disediakan team Penyediaan Makanan. Sk langsung tak turun padang kali ni, malas, huhuhu.
Buat lagi Kurma Kukus sebab ada baki santan dah bancuh semalam. Kali ni letak 3 1/2 ketul kurma setiap bekas, kurma pemberian Menteri Besar Johor.
Kek Buah beli dengan Blogger Jaja. Nampak tak tekstur kek buah dia cantik, kan. Kek pun lembab dan tak ada rasa rempah yang kuat.
Berbuka ini jer ke? Tak mungkinlah kan, tak penuh perut Sk ni tak boleh tidur nanti, hahaha. Lepas solat maghrib, Sk makan baki Nasi Beriani Kari Kambing dan Pajeri Nenas yang dah dipanaskan awal sebelum waktu berbuka. Nasi beriani tu tinggal sikit dan ada semangkuk nasi putih, Sk panaskan sekali, add on telur rebus. Masukkan telur sebiji dalam periuk masa panaskan nasi. Makan seorang ni memang biasa la, jadi Majlis Bandaraya, huhuhu.
PI balik bawa pokok???
JCorp bagi pokok. Ni kalau letak kat ruang tamu, memang hancur dikunyah haiwan peliharaan. Tu takpe, takut beracun. Sk letak dalam bilik air.
Dapat biskut raya keluaran Sedap Corner. Tengok tu, budak yang paling kepoh bila nampak barang baru. Dalam kotak ni ada enam jenis cookies, campur dengan cookies dari MBJ kelmarin, dah ada tujuh flavour cookies raya.
PI menang cabutan bertuah, sebuah Handheld Steamer jenama Philips. Sk dan Iman memang berangan nak beli benda ni, tetiba dapat free, syukur Alhamdulillah. PI kata, nanti pergi jalan-jalan senang bawa ni aje nak gosok baju. Aaaa.. kannnnn!
Sahur pagi tadi, 20 Ramadhan 1446H, panaskan Mushroom Soup dalam tin aje.
Mushroom Soup makan dengan Roti Perancis. Roti tu, Sk lepa marjerin dan panaskan dalam kuali leper.
Kemudian goreng telur mata dan panggang sosej seorang dua batang.
Bancuh teh o panas seorang secawan. PI menu simple macam ni cukuplah untuk dia nak makan ubat. Kalau masak nasi berlauk pun dia makan sikit aje. Tapi tu la, walaupun nampak simple, tapi terkejar-kejar jugak tu sebab nak masak satu-satu. Kalau nasi dengan lauk boleh panaskan sekali jalan, hihi.
simple betul sahur SK dan PI..kalau kat rumah SA wajib makan nasi..hahahah
ReplyDeleteMenarik sahur macam ni, sesekali nak kena cuba menu lain juga.
ReplyDeleteKurma kukus tu macam sedap je.. Saya dah la suka makan kurma..
ReplyDeleteAda nampak orang buat kat IG baru ni kurma kukus tu.
ReplyDeletePH pun baru je bisik² dekat En suami nak beli handheld iron tu SK! Rezeki SK la dapat dulu ahaha...
ReplyDeleteMakin hari makin mengancam tengok kurma kukus bersantan tu
Wak pun berbuka puasa dengan bubur lambuk daging.
ReplyDeleteKek Buah Jaja memang tak dapat dinafikan lagi memang sedap .Tapi lupa pulak kita nak order..tengok karipap pusing dia pun kemain kemas..cantik
ReplyDeletebudak kepoh tu dah puasa dapat berapa hari?
ReplyDeletehehehe