KEK BATIK CRUNCHY & CHEWY

Seri Kandi Tanah Jauhar
1 minute read
7

 Assalamualaikum WBT 



IMAN minta buatkan kek batik yang crunchy dan chewy. Iman kata, kadang jumpa orang jual, kek dia lembik, tak nak yang lembik tapi nak rangup macam biskut. Kalau rangup macam biskut, namanya biskut batik la kannn.. hahahaha.Ku turutiiiii.


Kek Batik Crunchy & Chewy Sk

125 ml butter (1 buku butter, potong 2)
Biskut marrie (anggaran 25 -30 keping)
1/4 tin Susu pekat
10 sudu milo

Cara-cara :

1. Cairkan butter.

2. Masukkan susu pekat, sebatikan.

3. Masukkan milo, kacau hingga milo larut dan sebati.

4. Masukkan biskut marrie yang telah dipatahkan, gaul sehingga setiap biskut bersalut.

5. Pindahkan masuk bekas yang dialas dengan baking paper. Mampatkan rata-rata.

6. Biar ia set pada suhu bilik. (Tidak perlu masuk fridge)


Bila dah keras, bolehlah dipotong kecik-kecik. Biskut tu masih rangup dan nanti kat bahagian milo tu dia chewy tau. 


Makan time moreh, bancuh Hot chocolate, pergghh!

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Favourite jugak ni...senang nk buat...

    ReplyDelete
  2. Di bulan Ramadan ni, saya masih melihat kek batik tu sebagai kek, bulan ular sawa batik.. Haha

    ReplyDelete
  3. Walau macam mana senang pun nak buat..namanya kalau SA yang buat,x kan pernah la menjadi

    ReplyDelete
  4. saya pula suka yang lembut chewy..tapi bila buat selalu jadi crunchy...

    ReplyDelete
  5. Uncle pun suka. Tapi takleh banyak. Manis

    ReplyDelete
  6. Suruh mambang hantar sikit ke LD ye SK.

    ReplyDelete
  7. Suka kek batik yang ada coklat ganace tu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!