BERBUKA 11 PUASA - ASAM PEDAS IKAN PARI ANGAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


DUA tiga hari ni, Sk keluar pergi kerja leha-leha aje la. Malas dah nak terkejar-kejar, ikut aje la mana sempat pun. Kalau awal, awal la. Kalau lambat-lambat la. Jadual kerja baharu ni dah anjal, asalkan cukup 9 jam dan masuk sebelum jam 8.30 pagi. Bulan puasa ni dia tolak 30 minit awal. Lagi pun minggu ni tak masak sebab Pak Inche banyak berbuka di luar. 


Semalam pun tak masak. Angah masak Asam Pedas Ikan Pari dan ajak berbuka sama-sama. Bulan puasa tahun ni belum lagi berbuka dengan adik-beradik, jadi jomlah kita ke Senai. Sk dari pejabat pukul 4.30 petang, sampai rumah pukul 6 lebih ya. Terus mandi dan solat asar, sampai rumah Angah dah 7.09 minit. Lagi 10 minit aje nak berbuka. PI semalam ada program berbuka dengan SWM Environment x Kelab Media Johor di St Giles Hotel.


Sampai-sampai, Angah tengah goreng ssayur kacang buncis salut telur.


Telur dadar kahwin dengan ekor ikan kerapu goreng.


Kurma madu Yusof Taiyoob (baca sambil bisik).


Semangkuk lagi Asam Pedas Ikan Pari. Puaslah kami makan asam pedas semalam. Makan masakan orang lain masak ni perasaannya lain dengan yang kita masak. Siap menambah-nambah ya, Iman tambah sampai tiga kali. Tapi, yang sebenarnya kitorang kalau dekat rumah, memang dah siap-siap letak nasi banyak dalam pinggan, hahaha. 


Kepala ikan kerapu goreng dan telur dadar berkongsi pinggan.Angah sekarang menggiler beli ikan dalam live TT.


Makan asam pedas dengan teh o panas, fuhhhhhh!


Dorang ni lepas makan nasi memang bantai makan asam pedas dengan biskut kaka pulak.


Balik tu singgah Bingxue beli sundae.


Tunggu sundae siap.


Semalam, Sk beli Mee Goreng dari pelajar kursus Penyediaan Makanan. Mee goreng RM3, pek dalam polisterin untuk burger tu. Yang ni dua pek, Sk panaskan pagi tadi untuk sahur.


Beli kueyteow jugak satu pek.


Jadilah juadah sahur tiga beranak.


Lepas tu layan pulak bahulu celup air oren + sirap. Ya Allahhhh.. telan-telan ailio ni menaip, hahahahahaha.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!