Assalamualaikum WBT
TINGGAL lebih kurang seminggu lagi sebelum Iman kembali ke kampus untuk meneruskan perjuangan semester seterusnya. Kalau ikutkan pembelajaran dibuat secara dalam talian tapi ada beberapa hal yang perlu dibereskan. Bila Iman ada rumah ni, banyak jugaklah membantu, contohnya kalau nak masak apa-apa tu, dia boleh tolong defrost awal. Cuma nak suruh masak tu macam lamberrttt lagi. Tapi, kalau lepas makan tu, adalah yang tolong cuci pinggan mangkuk lauk semua. Pak Inche selalu cuci pinggan makan dia aje.
Semalam, Iman buat Puding Caramel. Mula Sk pelik jugak, pandai ke dia guna pengukus. Rupa-rupanya resipi puding ni tanpa kukus, cuma perlu masak atas api sahaja, alaaa.. macam kita buat lengkong tu. Patutlah guna serbuk agar-agar. Nasiblah ada serbuk agar-agar jernih kat rumah, Sk pun tak ingat entah zaman bila belinya, hahahaha.
Lepas berbuka baru keluarkan dari loyang. Tapi, Iman nervous, tak berani dan tak reti, dia kata. Nasiblah mak kamu ni otai, nak oi.
Tapi, tu la.. digunakan loyang 9", dah tak berapa tinggi pudingnya. Lepas tu tersalah ambil pinggan, patut guna pinggan yang leper terus, barulah terletak elok pudingnya dalam pinggan tu.
Sedap, puding sedap, caramel pun menjadik. Iman kata, dia takut jugak caramel tu tak jadi, sebab tak ada sukatan gula, dia pakai agak-agak jer. Menjadilah tu caramelnya, pahit-pahit manis dan perang keemasan. Tapi mungkin lain kali kita cuba kurangkan sikit serbuk agar-agar biar dia jadi gedik-gedik sikit, hahahah. Siapa nak cuba boleh rujuk link vtt kat bawah ni ya.
Bagus idea buat puding caramel guna agar-agar. Taklah cerewet dan cari bahan lain.
ReplyDeleteSedapnya. Nak membuat tu cukup la malas.
ReplyDeletelagi senang... ok ngam.. boleh cari serbuk agar agar nanti
ReplyDeleteUncle suka benor benda ni... tapi sepotong je sekali makan. Manis.
ReplyDeleteWah! Ada bideo! Yay!
caramel tu nampak gelap. mesti sedappp👍
ReplyDelete