Assalamualaikum WBT
Salam Nuzul Al-Quran 1446H
"Sesungguhnya hati-hati berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya, bagaimana hendak menyucikannya, Ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab, dengan membaca Al-Quran dan mengingati mati." Hadis riwayat Al-Baihaqi
BERBUKA puasa 16 Ramadhan 1446H, tak masak lauk baru tapi panaskan lauk Asam Pedas Ikan Pari, left over lauk berbuka puasa 15 Ramadhan. Sampai rumah Sk terus masak nasi, pukul 6 baru mula panaskan lauk.
Sayur tauge ni kukus semasa nasi hampir kering supaya tak layu sangat.
Add on telur dadar.
Siapkan awal-awal, lepas tu nak rehat sementara tunggu waktu berbuka.
Anggur PI beli kat Lotus.
Panaskan ikan goreng, goreng semula dengan minyak sikit. Dah masuk waktu berbuka, PI belum sampai rumah. Ada program soal jawab pasal bola sepak ke sukan apa, program mula pukul 6, nak dekat waktu berbuka baru selesai.
Sk berbuka sorang la semalam, makan kurma, minum air kosong dan makan karipap lebih dari bazar semalamnya. Tengah berbuka PI call, bagitahu tengah nak beli air. Kita solat maghrib dulu la. Ringan sikit badan solat maghrib sebelum makan nasi tapi tu la, dok teringat asam pedas, tak khusyuk pulak dibuatnya. Tak sampai hati nak makan dulu. Nasib baik tak lama kemudian PI balik, taklah kelaparan menunggu, hahahaha.
Pukul 10 malam, member ajak pergi makan Mee Wantan kat Restoran Jasmin.
Kita layankan aje la.. dari minggu lepas sibuk nak makan mee wantan.
Kalau datang sini mesti nak makan dumpling goreng dia.
Pesan mee wantan sorang satu.
Tinggalkan last dumpling goreng penutup mee wantan. Semalam rasa sedap sangat pulak mee wantan, terus rasa kena repeat lagi bulan puasa ni, hahaha.
PI suka letak lada sulah banyak.
Sahur 17 Ramadhan, martabak lagi. PI beli dua keping kelmarin, sekeping RM7. Ingat Iman nak bawa balik kolej, tapi dia tak nak. Tu yang semalam sahur martabak, niari pun sahur martabak. Sedap martabak dia, daging banyak tak mengelat. Kedai ni meniaga sarapan roti canai belakang rumah Sk jer, bulan puasa dia meniaga martabak kat bazar Taman Pulai Mutiara.
Suka cicah martabak dengan kuah bawang ni. Kalau makan dengan bawang-bawangnya lagi manisss!
Iman hantar gambar, sahur Tosei Masala kat Restoran Al-Safa. Hurmmm.. dapnya sahur mamak, hahahaha.
Sedapnya nampak mi tu menyelerakan. Tengok time ni memang mengundang terliur la.
ReplyDeletemurah lagi murtabak johor..kuantan ni ya ampun murtabak 10hengget sekeping daging pun tak rasa
ReplyDeleteSelamat berbuka puasa.
ReplyDeleteSedapnyer ikan pari masak asam
Dumpling goreng dan mee wantan nampak sedap! Ish, lamanya tak pekena mee wantan.
ReplyDeleteTeringin nak sahur kat mamak jugak
ReplyDeleteMakan asam pedas kalau ada sambal belacan lagi terangkat..
ReplyDeleteSA dah 2 hari duk sebut mee wantan...erm...nampak plak kat sini..alahai....
ReplyDeleteWantan gorengnya terlihat padat isi ya kak. Mantap 👍👍👍.
ReplyDeleteLihat tosei langsung teringin. Trakhir makan January lalu di dekat KLIA. Tp kurang sedap. Rindu tosei yg saya coba di KL