Assalamualaikum WBT
CAKAP dengan Iman semalam, tetiba jer dah nak habis puasa, dah nak raya. Aaa.. Iman pun sambung, tu la.. masa awal puasa dulu rasa macam lambatnya nak berbuka tiba-tiba dah nak raya. Rasa macam tak terkejar nak kemas rumah, nak masak untuk raya. Macam selalulah, setiap kali giliran berhari raya di Johor, Sk akan masak Rendang Daging dan Sambal Cengeng. Mujurlah raya tahun ni jatuh pada hari Isnin (yakinnya kamu), jadi, ada masa nak buat persediaan pada hari Sabtu dan Ahad tanpa mengambil cuti tahun, jimat!
Menu berbuka puasa semalam, 24 Ramadhan 1446H, masak Ayam Goreng Masak Lemak Cili Api Cikgu Khairul Aming. Eleh.. padahal kita dah terror masak lemak cili api ni tapi Iman pulak hantar link vtt KA ni, kita layankan ajelah. Sk ikut hampir keseluruhan resipi yang dikongsikan tapi tetap derhaka sikit la sebab Sk tak ada daun kunyit, Sk gantikan dengan daun limau purut. Sk jugak tambahkan asam keping ketika memasak sebab dah biasa letak asam keping kalau masak lemak, hehehehe.
Ayam Goreng Masak Lemak Cili Api
Beberapa ketul ayam diperap denganvgaram dan kunyit, kemudian digoreng sehingga masak, ketepikan.
1 bawang besar merah*
5 ulas bawang putih*
Kunyit hidup sebesar ibu jari*
Kisar semua bahan* sehingga lumat
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar.
2. Tambahkan sedikit serbuk kunyit. Masukkan sedikit garam dan asam keping.
3. Masukkan ayam yang telah digoreng.
4. Tuangkan santan kotak kecil. Gaul sebati.
5. Akhir sekali, masukkan daun limau purut.
Sk beli sayur Pak Choy Goreng kat kantin Kak Sab. Entah kenapa semalam kaki tergerak nak singgah kantin. Banyak ni RM5 sahaja.
Memang ada kelainan rasa Ayam Goreng Masak Lemak Cili Api ni dengan Ayam Masak Lemak Cili Api yang biasa Sk masak. Mungkin sebab Sk tak tambahkan air, cuma guna santan semata. Kuah dan bumbunya pekat dan meresap pada ayam.
Sambil masak, Sk bancuh Sirap Grenadine bersama satu tin laici, letak dalam esbox. Kejap lagi Iman tanya, boleh tak hari ni berbuka buat sirap Sabah tu? Rupa-rupanya dia takut nak buat sirap tu sebab Sk cakap sirap tu mahal, hahahaha. Aaa.. memanglah mahal, tapi mahal tu untuk diminum bukan disimpan sampai berkulat, hihi. Eh, mantap ya sirap grenadine ni campur laici, betul-betul penghilang dahaga.
Dah dapat dah tempeyek yang ditempah dari Segamat. Tahun ni Sk pesan 5 balang aje, sebalang ni RM20.
Beli lagi Sup Tulang Merah Kak Sab. Hari tu risau nak beli banyak, takut dah set untuk katering, kan. Semalam Sk tanya Kak Sab, boleh tak saya nak beli 6 batang? Hehehe.
Moreh berdua dengan Iman, panaskan seorang sebatang lutut kambing makan dengan roti Perancis. Kali ni beli Roti Perancis dua batang. Pak Inche malam tadi bertugas sempena Kelayakan Piala Asia 2027, Malaysia vs Nepal di Stadium Sultan Ibrahim.
Sementara Sk panaskan sup tulang merah, suruh Iman potong roti. Lepas makan layan filem seram Indonesia kat Netflix, dekat pukul 11 kot Sk tidur.
Pukul 1.40 pagi, PI kejut, dia baru balik, ajak makan sahur awal. PI bawa hamper kuih raya.
Perggh.. yang ni mahal ni, tak sempat nak membelek lagi apa isinya. Mintak-mintak ada Tart Nenas dengan Almond London.
Sahur awal ke...pra sahur ke ni? Kesian pulak PI dah angkut berat-berat ni kalau tak dimakan.
Nasi berperisa dengan Ayam Masak Sos, acar jelajah, talam keladi dan sebiji kurma. Kelat-kelat mata suap nasi, hahahah. PI kata, pagi tu dia nak skip ubat, tapi tadi bangun sahur jugaklah, pukul 5. PI makan roti cicah kuah tulang merah. Sk dan Iman repeat lauk Khairul Aming, hehehehe. Ya Allah... dah macam sepanjang malam makan, orang bulan puasa makin kurang makan, yassalammmm.
sedap tgk menu resepi KA tu..sronok dpt hamper raya tu..byk cookies
ReplyDeleteBuat terliur saja tengok masak lemak tu tengah-tengah hari ni.. Hehe
ReplyDeletesatu entry macam macam kisah ada... ok nak try juga la masak lemak style KA
ReplyDeletemasakan dari tangan Bonda juga sedapp.. 😁😁
ReplyDeleteMelimpah² rezeki masuk ke rumah tu SK, alhamdulillah 🤲🏻
ReplyDeleteSemua sedap² sampaikan tengok sayur tu pun teringin ahaha
MLAG KA tu mmg beza sikit dr MLCA kan SK. Nak repeat juga cadangnya
Boleh dicuba masak lemak tu, menarik rupanya. Bestnya, dapat hamper raya. Sah sedap, sebab 2 kali dah tengok SK beli sup tulang merah.
ReplyDeleteAyam goreng masak lemak sedapnya. Pak Choy tu murah ya. Sup tulang merah tu sedapnya cicah roti.
ReplyDeleteWah! KA di mana-mana!
ReplyDeletebaca je perkataan Segamat terus terbayang muka anak dara...alahaii.
ReplyDeletesambal cengeng tu apa rupanya SK?
Bab mengemas rumah tu x tahu nak mula dari mana...huhu
ReplyDeleteTak pernah try la lagi masak lemak goreng dulu ikan atau ayam. Nanti boleh try.
ReplyDeleteKepadaaaaa KA.... menu SK, jadiiiiiiii! Haha.
ReplyDeleteNampak sedap ayam goreng masak lemak Cili api nya kak. Kalo digoreng dulu ayamnya, pasti lebih sedap, Krn ada rasa garing ya. 😍😍.
ReplyDeletePaling sukaa kalo dapat hampers isinya kue raya. Jadi tak payah beli 🤭