BERBUKA 7 PUASA - SAMBAL TAUKUA X BUTTERMILK SLIPPER LOBSTERS

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


SEKEJAP jer dah seminggu kita berpuasa. Dua tiga hari ni pulak, cuaca tidak menentu. Pagi-pagi panas tapi nak dekat petang hujan disertai dengan ribut petir. Takutnya, nak nak pulak, time tu kita dah mula nak memasak. Bahaya gunakan sinki dapur kalau tengah ribut petir. Begitu juga peralatan elektrik di dapur. Tapi, kalau tak mula, lambat pulak siap juadah berbuka untuk dua beranak tu.


Dalam takut-takut tu, siap jugak Sambal Taukua atas permintaan Pak Inche. Sambal taukua ni signature dish di sebelah family mentua Sk. Pendek kata, siapa jadi anak menantu Tok Min (mak mentua), wajib pandai masak Sambal Taukua ni, hehehehe. Alaaa.. cara masak macam sambal tumis jugak, cuma tambahkan sos tiram dan Sk suka tambah cuka. Sambalnya kena manis tapi janganlah sampai rasa bergula.


Cuma tahulah, Sk ni paling malas kalau nak masak sesuatu tu kena goreng dulu. Tu yang jarang-jarang terjadi kejadian Sambal Taukua ni. Ni mujur ada stok cili kisar dah, kalau tak, dua kali malas nak masak, hahaha. 


Semalam jugak, kami ke Pasar Borong Pontian. Nampaklah slipper lobster ni, sekilo RM60. Lama Iman cakap nak makan udang kipas, jadi kita belilah, teringat anak nak makan. Esok-esok harapnya, anak ni ingatlah pulak kat kita kalau nak makan apa-apa, hehehe. Sk pilih 6 ekor, lepas timbang, RM51. RM1 pun tak boleh kurang, huhuhu. Slipper lobsters ni Sk masak buttermilk.


Sk belah dua slipper lobsters, tapi tak putus, tabur serbuk lada hitam ajishio, kemudian kukus anggaran dalam 10 minit. Udang ni memang sekejap jer masak. Kalau tak yakin, boleh cucuk sikit isinya guna garfu. Sk tak suka goreng,  nanti isinya kecut. Sementara mengukus, Sk masak sos buttermilk.


Mula-mula dulu, Sk belajar masak buttermilk ni dengan seorang peniaga di gerai makanan laut di Kota Kinabalu. Tapi sekarang, dah tambah baik lagi hasil tengok seorang rakan blogger cantik manis, Suraya yang ajar masukkan susu pekat bagi menggantikan gula. Ni, Sk tambah lagi, masukkan pulak air bancuhan tepung jagung supaya lebih pekat sosnya.


Resipi Sos Buttermilk Sk

1/2 buku Mentega (125ml)
5 ulas bawang putih, dicincang
7 biji cili padi, hiris
2 tangkai daun kari 
1 tin susu sejat
2 sudu susu pekat
Garam secukupnya 
Lada hitam tumbuk kasar
2 sudu tepung jagung bancuh dengan sedikit air


Cara Memasak :

1. Panaskan kuali, masukkan mentega, biar mentega cair seketika.

2. Masukkan bawang putih, kacau sehingga bawang layu. Masukkan cili padi dan daun kari,  biar sekejap sambil dikacau.

3. Masukkan susu sejat, susu pekat, garam dan serbuk lada hitam. Masak hingga berbuih dan mendidih.

4. Masukkan air tepung jagung, kacau jangan berhenti hingga mendidih, tutup api.

5. Susun slipper lobsters yang telah dikukus dalam pinggan. Tuang sos buttermilk atas slipper lobsterssss.



Dua lauk jer berbuka semalam, sayur malas nak masak. Cadangnya nak masak mee kuah jugak tapi pospone la, dah kekenyangan makan cicit lobster ni seorang dua ekor, hahahah. Rasa dia sama macam udang tapi lebih kenyal dan feeling dia pun lain. Kalau rasa nak makan dan nampak orang jual, beli ajelah dua tiga ekor, bukan wajib pun beli sekilo, cuma mungkin akan rasa rugi sikit sebab bahagian kepala dia memang tak ada isi, hahahahah.

PI dan Iman beli kuih jugak kat bazar. Macam biasa ada seri muka la. Lain-lain kuih Tepung Pelita dan Cara Berlauk untuk mak dia. Oh, karipap pun ada. PI kata bulan puasa wajib ada karipap, hahahah.


Disebabkan tak jadi goreng mee untuk moreh, PI kata, kita moreh kat Thoufeeq Bistro aje. Baiklahhh, tapi Sk tidur dulu, terjaga dalam pukul 12.30 tengah malam kot, moreh apanya dah tengah malam, hahahaha. Tengok PI tengah layan movie Tamil ke Hindi, Sk tanya, nak ke pergi Thoufeeq, lantas bingkas ya PI.


Iman makan Roti Telur. Dia sebenarnya tak nak sahur mamak, takut tetiba nak melabur, tu yang kami pra sahurrrrr jer la.


PI makan tosei dengan kuah kari kambing. Lama tak pekena dia kata.


TTK makan Roti Telur Bawang. Balik tu, borak sekejap anak-beranak sambil main dengan kucing, dalam pukul 2 pagi, tidur balik. Sk cakap, sahur tetap sahur sebab PI nak kena makan ubat, kan.


Sahurrrrr time, Sk panaskan left over Sambal Taukua, goreng telur kicap dan goreng sayur. 


Sambal Taukua.


Tauge lagi, hahaha. Sebenarnya ni tauge nak masak mee tu. Nak masak mee sebab teringat ada kucai banyak. Lepas tu beli tauge lagi sebab nak masak mee. Tapi, mee pun tak jadi masak, hahahah. Sk masukkan sawi sikit dalam tauge ni, benda dah ada.


Goreng telur mata bubuh kicap. Tapi tapi tapi, PI makan sikit aje. Perut dia sebu, macam ada angin tak keluar. Sk syak pasal dia makan tosei tu la sebab kami yang makan roti canai ni elok aje, Alhamdulillah. Terus Sk bebel la.. Lepas ni no mamak mamak! Huhuhu.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tengok SK rajin masak, kita pun nak rajin jugalah petang ni turun dapur. Mambang mana SK? Pinjam dulu.

    ReplyDelete
  2. Persamaan kita hari ni;
    PH masak buttermilk juga sahur tadi, ayam buttermilk:)
    #2, plan nak goreng mee tak jadi juga
    #3 Insha Allah petang ni sayur tauge juga
    😁

    ReplyDelete
  3. Sk tidur pukul 2 pagi, boleh lagi bangun sahur masak sayur telur bagai. Kalau saya, mau lekattt mata tak mampu dah memasak 😆

    ReplyDelete
  4. Tengok foto udang tu pun dah tau sedap!

    ReplyDelete
  5. Nampak menyelerakan lobster tu. Sedapnya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!