BERBUKA 13 PUASA - NASI LEMAK AYAM GORENG SAMBAL PEKAT-PEKAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
2 minute read
7

 Assalamualaikum WBT 


PLAN awal berbuka puasa semalam, Iman minta masakkan Asam Pedas Ayam tapi Pak Inche pulak cadangkan masak nasi lemak. Bila PI kata masak nasi lemak,  teringat sebelum ni, Iman ada minta jugak nak berbuka nasi lemak sambal pekat-pekat macam Nasi Lemak Atas Bukit, jadi kita onz nasi lemak sajalah. Kali ni Sk masak letak serbuk krim santan jenama S&P. Sukatan untuk 3 pot beras, letak air macam biasa, halia, bawang, halba, daun pandan dan sepeket serbuk santan tu, memang ngam lemaknya.


Pukul 6 baru mula masak, nak dekat azan maghrib baru siap hidang semua. Nasi lemak nampak simple tapi bila banyak konco-konconya terus tak jadi simple. Nak nak pulak, cili giling, bawang semua tak ada yang dah ready dikisar. Nasi lemak semalam tak ada timun, malas nak singgah kedai semata beli timun. Tu takpe, dah nak goreng telur, baru perasan telur tinggal dua biji. Cepat-cepat Iman call PI minta belikan telur.


Menjadi jugak sambal nasi lemak pekat macam kat Nasi Lemak Atas Bukit. Bila pekat tak banyaklah sambalnya, Sk cakap makan sambal jimat-jimat nanti tak cukup untuk sahur, hahaha. Nak dapatkan sambal pekat macam ni kena kurangkan air masa kisar dan tumis dengan minyak lebih sikit supaya tak mudah hangus.


Iman melenggang telur. Boleh jadi amukan kalau makan nasi lemak tak ada telur lenggang,  hahahah.


Untuk Sk dan Iman, ada telur mata jugak.


Sk nak ada ayam goreng. Tengok Iman defrost ayam dalam container ikea terus Sk teringat, itu ayam beli zaman tunan kot, lama sangat dah ni simpan kalau dalam bekas ikea tu, Sk dah tak teringat kewujudannya. Mujur masih rasa ayam, bukan rasa dinosaur.


Ikan bilis wajib untuk PI. Ada kacang tanah goreng jugak untuk Sk.


Kordian Sun Valley perisa Grenadine yang Sk pesan dari TT Shop dah sampai semalam. Kena letak banyak macam tu kordialnya, baru sedap, kalau tak, tak berasa sangat. Dahlah mahal, RM22 sebotol tu (2l). Bolehlah buat rasa-rasa bulan puasa ni, banyak betul minum air manis sebab kadang rasa nak mual asyik minum air kosong, hahahaha.


Moreh makan Martabak. Baru Sk tahu ejaan yang betul ialah Martabak bukan murtabak. Selain tu PI beli jugak karipap, seri muka dan tepung pelita. Macam biasalah, beli kuih sama aje. Martabak ni RM7, saiz standard. 


Sahur pagi tadi, kita ulang la makan nasi lemak kasi perabih. Bulan puasa tahun ni sahur banyak makan berat-berat jugak (ke laut nak makan telur rebus aje konon) dan sahur kali ni tak payah bangun awal sangat sebab pukul 6+ baru subuh, kan. Sk pun dah redha la lambat masuk office, pukul 7.45 baru keluar rumah macam sebelum bulan Ramadhan jugak. Minggu pertama aje semangat keluar awal sebab nak balik pukul 4, lepas tu lantakkkk, malas nak bersesak dah dengan orang yang hantar anak pergi sekolah.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnya nasi lemak. Kita dah biasa panggil murtabak, nak tukar ejaan ni ada masa tersasul jugak kan.

    ReplyDelete
  2. Memang nampak sedap sungguh sambal tumis pekat Sk tu.
    Cantik warna merah sambalnya.

    Saya pun baru tau ejaan DBP martabak. Tapi susah nak ingat sebab dah biasa sebut dan tulis murtabak.

    ReplyDelete
  3. ya Allah, sedapnya nasik lemak...

    ReplyDelete
  4. Iman memang pandai melenggang telur. Hasilnya tetap cantik seperti selalu.
    Sambal memang kena pekat, baru ngam dengan nasi lemak kan SK.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya sambal pekat, terliur betul malam2 tengok nasi lemak ni.

    ReplyDelete
  6. Kalau PH wajib ada telur rebus :)
    Ada juga hajat nak buat nasi lemak utk berbuka, sbb dah rindu dgn nasi lemak, 2 minggu dah tak makan hihi...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!