BERBUKA 8 PUASA - MEE GORENG BERKUAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


KEMBALI semula ke minggu mencabar mental dan fizikal selepas dua hari bercuti. Macam biasa la, hari bekerja bulan puasa, lepas subuh, terus sarung tudung tanpa pakai bedak apa semua, panaskan enjin kereta dan memulakan perjalanan ke pejabat. Setelah berminggu-minggu tiada pegawai polis trafik bertugas di persimpangan lampu isyarat Ulu Pulai - Gelang Patah, pagi ni dah ada kembali, syukurrrr.


Sampai jer kat persimpangan jejambat Kempas, tiba-tiba pulak perut memulas. Dah sudahhh..  tolong sabar sikit perut. Dua kali merah pulak tu lampu trafik kat situ. Dalam sakit perut tu sempat jugaklah berbedak, bercelak dan berlipstik, hihihi. Rugi tak manfaatkan masa berhenti lama kat situ. Dah sampai pejabat, lain pulak ceritanya apabila sistem info tech tak boleh dibuka. Sk terus screen shot dan selesaikan hajat. Lepas tu baru semak mesej dalam grup pejabat, sistem 'down' dan semua kena thumb print di mesin thumb print ibu pejabat. Dah sudahhh.. rugi 10 minit Sk hari ni, hahahaha. Terpaksalah balik lambat 10 minit, padahal masa sampai tadi baru jam 7.39 am.. fuhhhh.. nasib baik hari ni plannya tak payah masak,  hahahah.


Menu tertunda, Mee Goreng, akhirnya terlaksana semalam.  Masalahnya, nak masak mee goreng tu sebab sayangkan ada baki daun kucai. Sekarang ni, bukan daun kucai jer yang masih berbaki (selepas siap mee goreng), tapi ada baki mee kuning, tauge dan sawi jugak, yassalammmm.


Iman pulak memang nak makan nasi, jadi dorang dua beranak pergi bazar la beli. Iman tertarik dengan nasi ayam penyet gerai ni sebab nampak ada ulam raja. Sedap ayam dan sambalnya tapi tak boleh pergi selalu sebab jauh kat pekan lama Gelang Patah sana. Dorang pergi sampai ke sana sebab PI nak pergi bank kat sana.


Dua beranak ni kalau pergi bazar memang sampai tak muat tudung saji dibuatnya. Yang mengikut balik selain nasi ayam penyet adalah karipap, seri muka, tepung pelita, kuih tako,  nasi lemak bungkus (3), tauhu ceduk, air soya panas.. hurmm.. ada lagi tak ek, rasa tu jer. Iman kata, best sangat Bazar Ramadhan kat Gelang Patah dan harga makanannya tak mahal macam kat BR Taman U.


Bila tahu Sk nak buat Mee Goreng, terus PI mintak masakkan mee goreng yang berkuah. Sk barulah plan nak buat mee goreng wok heyyyy! 


Tapi tu la, masa nak berbuka, kuah hampir dah diserap mee. Ada lagi la kuah sikit dalam periuk tu, taklah kering sangat. Mungkin Sk patut masak pukul 7, lagi ngam.


Rebus telur 4 biji sebab PI nak dua biji. Baikkkk!


Mee kuah ni sepatutnya letak air rebusan daging tapi PI nak air rebusan udang. Sk rebus kepala dan kulit udang ni kemudian kisar dan tapis, ambil airnya.


Udang beli kat pasar tepi sungai Pontian, sekilo RM45. Tapi kami beli 12 ekor jer kot tak silap, berapa tah kena, lupa. Sk share link resipinya kat sini la ya, kot-kot la ada yang nak tiru kan. Resipinya ni pun PI yang save kat facebook, huhu. Cuma bagi Sk, dia lagi bagus, kita nak dekat makan tu baru masak, bagi mengelakkan mee terlalu kembang. Tapi, memang kena la dengan tekak kami yang suka mee berkuah. Eh, abaikan la perbualan dua beranak dalam video ni ya, hahahahaha.

Nak resipi klik 


Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nyum.. Nyum.. Dah nak masuk tengah hari dah ni.. Hihi

    ReplyDelete
  2. ha.. tu lah m,asalah mi goreng berkuah ni...
    kena makan sebaik sahaja tutup api.
    Kalau tak habis kuahnya hilang.

    ReplyDelete
  3. Sedap nampak mee goreng tu. Kat rumah ni kalau mee goreng, sayalah yang selalu jadi tukang habiskan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!