PUDING KOKTEL

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


HARI ini genap setahun ibu Sk meninggal dunia. Post hari ini, Sk dedikasikan kepada arwah ibu yang mengajar Sk buat Puding Koktel ni. Sk ingat lagi, setiap kali ibu buat Puding Koktel ni, ibu akan sediakan air panas, untuk persediaan sekiranya puding terlalu pekat. Orang lama masak, mana ada sukat-sukat. Semua main agak-agak ya, tapi peliknya mesti menjadi pulak tu.


Sk buat Puding Koktel ni masa hari kedua Ramadhan hari tu atas permintaan Pak Inche, sebagai dessert berbuka. PI dok berzikir bila nak buat, buah koktel dalam tin dah beli dari sebelum puasa, hehehe. Cuma buah koktel tu buah tropika, tu yang mood tak mari nak buat Puding Koktel. Tapi sebab hari tu, SK nak berbuka di Pulai Springs Resort, Sk godakkan jugak tepung kastardnya.


Mujurlah masih ada baki secawan tepung kastard ni, hehehehe. Nisbah tepung dan cecair ialah 1:5. Untuk adunan puding ni, resepinya di bawah :

Puding Kastard

1 cawan tepung kastard
2 tbs gula pasir
5 cawan air
secubit garam


Cara sediakan puding.

1. Masukkan semua bahan dalam periuk atau kuali, kacau guna handwhisk hingga tepung larut sepenuhnya. (Sk lagi suka guna kuali, puas kacau).

2. Apabila tepung dah larut, baru buka api, kacau jangan berhenti sehingga adunan pekat.

3. Bila adunan dah pekat, kecilkan api dan terus kacau hingga adunan berkilat dan mendidih.


Kena masak dan kacau sampai dia meletop-letop macam ni.


Susu Koktel

1 tin susu cair
1 tin air
4 - 5 tbs gula pasir (ikut manis dikehendaki)

Masak hingga mendidih.

Susu Sk ni tak cukup ya setin, tu yang kelmarin pergi kedai beli susu lagi, hihi). Jadi, kalau anda suka banyak susu, boleh gandakan sukatan.


PI mintak setkan siap-siap dalam mangkuk. Tu lah tu tak sempat masuk peti sejuk pudingnya. Dia ni memang mengada la kalau SK nak berbuka kat luar. Padahal dia lagi banyak nak berbuka kat luar nanti.


Memang mengulang makan jer la, kali ni letak buah anggur, hehehehe.



Sedap jugak la koktel buah tropika tu, ingat tak sedap, hihi. Untuk sukatan secawan tepung, boleh dapat 28 ketul puding saiz kuih lompang tu. Jadi, kalau nak buat banyak, bolehlah gandakan, nak buat sikit, boleh kurangkan sukatan.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kejap dh setahun berlalu....alfatihah utk arwah mak SK...sedap tu puding koktel mkn sejuk2 bila cuaca panas

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah untuk arwah mak SK...
    mudah je cara tu, tapi tulah, kena tunggu hari cuti baru boleh nak buat...nak buat waktu malam, mata tak bagi kerjasama dah

    ReplyDelete
  3. Thanks sharing step by step. Rasa nak buat ikut cara Sk ni.
    Dulu-dulu masa muda rajin buat, tapi sekarang dah tak ingat apa.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya bila org demam tengok ha

    ReplyDelete
  5. sedap ni makan sedap tapi tu lah, nak buatnyaaa hmm haha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!