MAKAN DI KAMPUNG CARABAO RESTAURANT

Seri Kandi Tanah Jauhar
1 minute read
3

 Assalamualaikum WBT 



BANYAK pulak halnya bila nak makan di Kampung Carabao ni apabila Pak Inche tetiber dapat panggilan pulau. Jadi, kena tunggu urusan PI selesai la, orang kata, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Janji, 20 persen!!!


Gedebak.. gedebuk, dekat pukul 10 baru sampai Kampung Carabao Restaurant. Mula nak pergi cawangan Puteri Habour tapi dekat sana tutup pukul 11 malam, risau tak sempat sebab urusan pulau PI di pusat bandar.


Jadinya kami ke cawangan Jalan Dato Abdullah Tahir di Taman Abad sebab dekat sini dorang tutup lambat. Disebabkan dah terlalu lapar, kami pesan banyak lauk. Tu takpe, Sk siap pesan minuman manis kali ni. Alaaa.. sekali-sekala.


Rasa nak sedut sekali jalan.. jadi, letak jauh-jauh. Iman macam biasa minta Green Tea.


Butter Prawn.. sedap.


Ikan Siakap Mango. Ni kira dua dalam satu, masak sweet sour dan kerabu mangga. Sk kurang suka rasa sos yang terlalu kuat, tapi kerabu mangga dia sedap, ada kacang gajus.


Baby Kailan Garlic


Tomyam Seafood


Iman cedukkan tomyam.


Dalam tomyam ada udang, sotong dan isi ikan. Bagi Sk, tomyam kat Carabao ni memang terbaik.


Sotong Sambal, antara masakan kegemaran Sk di Kampung Carabao.


Telur Dadar Crispy.


Sedap betul makan sebab memang dah lapar tahap gaban, hahaha. Semua lauk licin kecuali tomyam sebab memang besar portion untuk 4 - 5 orang makan tu. Baki tomyam kami bungkus bawa pulang.


Burppp.. Alhamdulillah. 

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. senak perut nak tidur tu..ni makan merangkap sahur ke apa ni?

    ReplyDelete
  2. Bagus amalkan bungkus makanan yang tak habis

    ReplyDelete
  3. Apa yg 20 persen tu SK? Hihi...
    Takpe je order byk pun asalkan makan habis kan...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!