Assalamualaikum WBT
MALAM tadi, Iman dah balik kolej. Patutnya dia nak balik pagi tapi bapaknya suruh balik lepas berbuka. Sempena nak balik tu, semalam pagi, kami tiga beranak meronggeng ke Lotus Taman Mutiara Rini, belikan jajan-jajan dan bekalan Iman untuk seminggu lagi di U sebelum balik semula minggu depan. Tapi, tujuan asal nak pergi kedai lain dalam Lotus tu, rupanya dah tutup kedai tu.
Pukul 2 lebih, Sk rendam ikan pari dua potong, beli dekat Pasar Borong Pontian. Mahal betul, sekilo RM45, beza dengan dekat Pasar Tepi Sungai , sekilo RM34. Terasa ralat jugaklah, padahal Sk dah ingatkan PI beberapa kali, nama jer pasar borong tapi mahal, tapi, PI kan suka sangat ke pasar borong tu, lepas tu dah macam kena pukau tengok haiwan laut kat situ, hahaha. Terkejut Sk, ikan dua potong, kena sampai RM32.
Sedapnya kerang!
ReplyDeletelinda suka asam pedas, tapi tak reti buat pes sendiri, jadi memang guna pes asam pedas tu, tambah2 aksesori, baru jadi kaw...hihihi..
ReplyDeletelamanya tak masak tauge, kena beli kat pasar baru boleh beli sikit2, beli kat pasaraya, nahh...sebundel dia kasik...
Memang sama lauk kita, asam pedas ikan pari. Taugehnya tu Kak Amie punya tenggelam oleh daun kucai...nak bubuh tauhujuga tapi tak jadi.
ReplyDeleteMenu akak semua sedap-sedap, lama tak masak ikan pari.
ReplyDeleteHari tu ada beli ikan pari..tapi sygnya dah x fresh...ada bau hancing...terus x jadi masak...buang aje...nasib beli 2 ketul je
ReplyDeletemy fav..asam pedas ikan pari, dapp
ReplyDelete