Assalamualaikum WBT
SALAM Ramadhan Al-Mubarak buat semua pembaca blog Alam Sari di Tanah Jauhar. Semoga bulan Ramadhan kali ini kita diberi kesihatan dan kekuatan untuk beribadah dan ibadah kita diterima oleh Allah swt jua. Tahun ini merupakan tahun kedua Ramadhan Sk tanpa ibu. Sedih tapi hidup perlu diteruskan dan doa untuk ibu dan abah yang telah pergi lebih awal tidak akan pernah putus.
Lauk sahur pagi tadi, Sotong Goreng Kunyit untuk Pak Inche dan Iman. Suruh Iman masak nasi siap-siap malam tadi, pagi tadi, Sk panaskan sekejap, bubuh sikit air masak dalam periuk dan hidupkan. Bila wapnya dah mula meriah, Sk matikan suis kemudian masak sotong yang telah di-defrost lebih awal, malam tadi.
Sk set alam pukul 4.50 pagi tapi sejak jam 3.30 pagi dah terjaga tak boleh tidur. Teringat Angah, entah apa ceritanya. Sk whatsapp dalam grup, terkejut, rupanya Angah masih kena sidai di wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah. Sebelumnya, petang semalam, Angah bawa Ilham ke hospital sebab demam tinggi tak kebah, tekanan darah rendah dan disyaki ada jangkitan kuman dalam darah.
Lepas tu, dah tak boleh tidur dah. Pukul 4, Sk bangun panaskan nasi dan masak sotong. Sotongnya tiga ekor aje. Bahan tumisan Sk cuma bawang putih dicincang dan daun kari. Lepas masukkan sotong dalam kuali, baru masukkan garam dan serbuk kunyit, asam keping, bawang besar dan cili kering. Letak cili kering sebab cili tu aje yang ada, hehehehe.
Sk rebus telur 4 biji kot-kotlah dorang nak add on telur rebus masa makan, dua-dua tak nak. Sk ada tanya jugak semalam, nak telur dadar atau telur kicap, pun tak nak. Memang makan lauk sotong semata la dorang.
Rebus telur tu untuk Sk la sebenarnya, nak makan telur rebus jer konon untuk sahur, hehehe. Selalu Sk kukus tapi kali ni rebus sebab nak cepat.
Sk makan telur rebus dua biji, belah dua tabur serbuk lada hitam ajishio. Minum pulak green tea, kalau tak turun jugak berat tatawlah nak kata apa. Berat Sk statik sekarang ni, tak mahu turun-turun. Nanti petang-petang ingat nak kena buat brisk walk atau regangan ikut cara
blogger Tot kot, baru kurang sikit angka kat timbang tu, hahahaha. Tapi tu la.. PI makan nasi tak habis tadi, dengan sotongnya ada tiga empat keping lagi, terus Sk jadi majlis bandaraya pulak, hahahaha.
Lepas subuh ajak Iman ke hospital tengok Angah. Kesian la Angahnya bukannya sihat sangat jugak tapi semangat dia tu aje yang masih tinggal agaknya memikirkan anak tak sihat. Semoga cepat sihatlah Ilhamnya, nampak dah tegak badan tu, kalau tak melepek aje kata Angah. Dugaan betul,
tahun lepas awal puasa pun kami di HSA jugak, semoga baik-baik sahajalah semuanya di akhirnya nanti, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.
Semoga dipermudahkan buat Angah dan Ilham..rasa nak buat gak la sotong goreng kunyit mcm SK ni untuk sahur nanti....senang kan...pagi td x dan SA nak amik gambar menu..riuh rumah sebab ramai...
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan Angah dan Ilham.
ReplyDeleteKita sama SK, sahur dua biji telur rebus tapi Kak Amie melantak juga semangkuk sup sayur, ayam goreng dan tauhu begedil hihihiii.
Kenyang ke tu, SK, telur rebus je. Saya sahur kena ada nasi. :)
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan Angah dan Ilham.
Sedap tengok sotong kunyit.
Lupa nak cakap. Exercise kettlebell tu, jangan buat waktu puasa, ye. Sebab intensiti tinggi. Peluh banyak keluar. Kalau buat lepas berbuka atau lepas terawih, takpe. :)
ReplyDeleteAllah, dugaan sambut Ramadhan ye.. syafahullah utk Ilham dan semoga dipermudahkan urusan Angah juga.
ReplyDeleteSedapnya lauk sotong goreng kunyit, favorite Adik :)
sedapnye, lady pun sebelum tidur semalam masak sambal sotong.. buat sahur si kakak.. sebab abi dan ibu x makan sahur beria, cukup sekadar minum air.. sebab dari asalannya begitu.. tapi kakak lady nak cuba dia makan.. maka bgnla pagi untuk teman kakak bersahur..
ReplyDeleteInilah menu pemangkin selera!
ReplyDelete