MENGINAP 2H1M DI THISTLE JOHOR BAHRU

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 



SEHARI sebelum puasa, Sk sekeluarga menginap satu malam di Thistle Johor Bahru. Iman request nak tidur hotel sebelum puasa dan tarikh tu memang dah hujung-hujung dah sebab minggu sebelumnya Pak Inche ada urusan. Tu pun risau jugak kalau Awal Ramadhan jatuh pada hari Sabtu.


Ini kali ketiga Sk menginap di Thistle Johor Bahru. Boleh baca DI SINI penginapan Sk sebelum ini. Kami tiga beranak datang asing-asing, balik kerja check in. Iman dari rumah, Sk dari pejabat Sk dan PI dari pejabat PI. Sk buat tempahan dua bilik deluxe melalui Agoda, RM258.73 termasuk sarapan untuk dua orang setiap bilik.


Bilik-bilik di Thistle sedang dinaik taraf dan yessszaaa dapat upgrade bilik tapi tingkat tak tinggi la. Dapat tingkat 2, bilik 226 dan 225 dengan pemandangan laut.


Peti keselamatan,  seterika dan papan penggosok disediakan.


Bilik airnya mewah.


Ada tab mandi dan ruang pancuran berasingan. Tandas dilengkapi dengan sistem bidet dalaman.


Lengkap berus gigi, sabun dan shampoo mini.


Tuala mandi dan tuala rambut.


Persediaan mengopi dan mengeteh serta peti sejuk mini.


Ada pelbagai pilihan filem dari Netflix,  prime dan lain-lain. TV dia besar gedabak!


Room service dia boleh tahan jugaklah murah. 


Keesokan pagi.. nak turun pergi sarapan.


Menara jam di Dataran Bandaraya juga sedang dicat semula,  nak raya ni!


Pusat latihan Pasukan JDT.


Jejambat utama menghubungkan ke Larkin dan Stulang. Sebelah sana tu Singapore.


Sarapan, macam selalu la pinggan pertama Sk, western.


Makan puas-puas la, esok dah puasa, gituhhh! 


Ambik roti canai, gebu betul roti canai dia, tebar bukan frozen. Ada pilihan kari ayam dan dalca. Sk minta telur mata tapi pecah pulak kuningnya. Takpe, dalam perut pun pecah jugak, ahaks!


Jamah mee goreng dan nasi goreng. Ambil biskut pineapple dan biskut kecik-kecik bentuk fish.


Campak biskut ikan dalam air.


Ehhhh.. dia makan Mee Kari pulak, fuhhhh.


Alang-alang dekat, Sk ajak Indah dan Jeika join sekali tidur hotel. Sebelum ke hotel, Iman pergi Senai dulu ambil Indah. Jeika sekolah, petangnya baru Cik Ani hantarkan. Harga sarapan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun cuma RM20 nett.


Tiga dara pingitan, kata Cikwa.


Tiga dara pingitan dengan babah sebelum check out. Balik tu, Iman hantar Indah, Sk hantar Jeika, PI pulak pergi ambil daging dah tempah siap-siap untuk raya, hehehe.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Seronoknya staycation a day before puasa...SA nak balik sana, tgh cari hotel sekali untuk sahur..senang nanti...walau suami cakap JB banyak je tempat nak sahur...tetap nak sahur kat hotel..x tau la rasanya seminggu sebelum raya nanti kot

    ReplyDelete
  2. Bersih cantik bilik hotel nya. Sarapan pun best2. Biskut ikan dalam air tu suka sangat.

    ReplyDelete
  3. Comel pulak biskut ikan tu berenang2 dalam air

    ReplyDelete
  4. Aduh.. Petang-petang macam ni pulak tengok makanan yang best-best..

    ReplyDelete
  5. Berenang² la biskut ikan tu hihi ...
    Sedap2 belaka. Mujur dah nak berbuka :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!