Assalamualaikum WBT
SEMALAM petang, ke Midvalley Southkey lagi. Pak Inche belanja handbag raya dari Christy Ng. Sejak sebelum puasa dah cari handbag raya tapi ada jer yang tak kena.. akhirnya jumpa yang berkenan di hati kat sini. Selain tu, beli luggage baru untuk Iman kat Sogo. Luggage lama dia dah pecah.
Memang dah rancang nak berbuka puasa di Restoran YX.
Nampak ada beberapa buah meja juga turut berbuka puasa di sini.
Hujan lebat sepanjang melalui lebuhraya Gelang Patah -Taman Perling, tapi sampai bandar, panas. Langit biru petang semalam di sini.
Cantik.. airlaut tengah nak pasang.
Macam tu la pesanan orang tengah lapar. PI pesan hantar makanan dalam 7.15 hingga 7.20 tapi dia salah faham kot, dalam sistem pukul 7.20 baru masak untuk kami.
Nasib baik ada kurma dan kekacang.
Jus Markisa dia tak kedekut bahan.
Langit masih biruuuu selepas maghrib.
Baby Kailan
Shark Fin Soup with Crabstick Meat.
Beancurd Hotplate
Udang Butter. Sebenarnya kami nak Udang Mentega yang berjurai-jurai tu, tapi dapat yang basah macam ni pulak. Mujurlah sedap.
Sotong Kungpao
Siakap Deep Fried with Hong Kong Sauce.
Selera betul makan, semua habis kecuali ikan tu makan sebelah aje, jadi sebelah lagi bungkus bawa balik.
Chicken Lemon ni lambat sikit sampai, tapi wassalam jugak.
Sahur pagi tadi, panaskan lagi sebelah bahagian ikan siakap yang tak habis makan kat Restoran YX.
Sk tambah Sotong Paprik. Sotong tiga ekor dah bersihkan siap-siap malam tadi. Nasi pun masak malam, pagi tinggal panaskan. Cara masak sotong paprik, Sk tumis bawang putih cincang, lepas tu masukkan ada belen sesudu sambal tumis nasi lemak tuari, masuk sos tiram sikit, sos cili sikit, sotong, daun limau purut, bawang besar dan cili api, kacau.. kacau.. kacau... sampai sotong masak, siappp!
Sedapnya menu2 kat restoran tu. Syok makan kat tempat open air macam tu
ReplyDeleteWah..beriftar ditemani bayu laut...ramantik depa 🐦🐦
ReplyDeleteBanyaknyer makan 2 orang tu
ReplyDeleteJap... semua ni berapa orang makan ni?
ReplyDeleteDia kalau letak limau purut, memang jadi sokmo...
ReplyDeleteTak sabar nak tengok SK melaram handbag raya tu 🤗
ReplyDeletePerfect betul nampak depa goreng ikan siakap tu. Sedap ratah garing² gitu
saya sampai sekarang tidak pernah buka puasa di luar rumah
ReplyDeletesementara ini buka puasanya di rumah terus hehe