Assalamualaikum WBT
HARI ini warga Johor bercuti sempena cuti ganti Hari Keputeraan Sultan Johor, semalam. Jadi, pagi ni tak ada episod berkejaran ke pejabat, lepas subuh boleh santai-santai lepak sambil berblog, hehehe.
Semalam, 22 Ramadhan 1446H, Sk masak Nasi Ayam untuk berbuka puasa. Kalau masak nasi ayam, Sk memang tak ikut short cut, tetap kena dengan merebus ayam dulu sebab Sk nak gunakan air rebusan ayam untuk masak nasi. Ayam Sk rebus bersama sebuku halia, dalam pressure cooker, set HP20. Siap rebus, keluarkan ayam dari periuk dan masukkan dalam bekas.
Dalam mangkuk, gaul sebati :
2 tbs sos tiram
2 tbs kicap manis
4 tbs kicap cair
2 tbs madu
2 tbs minyak bijan
Kemudian tuangkan rata-rata pada ayam, tutup rapat dan ketepikan.
Nasi :
1/2 biji bawang besar (dimayang)
1" halia (boleh ambil dari air rebusan)
2 helai daun pandan disimpul
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 pot beras
3 1/2 pot air
Garam secukupnya
Masukkan semua ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
Sementara tunggu nasi masak, boleh susun salad, timun dan tomato dalam pinggan hidang.
Renyah sebenarnya masak nasi ayam ni walaupun nampak senang. Dekat-dekat nak berbuka, baru siap hidang.
Ayam yang diperap dengan kicap tadi, keluarkan dan letak atas salad. Baki perapan kicap tu la, jadikan kicap nasi ayam, tuang dalam mangkuk lain.
Untuk Iman, ayamnya dia suka goreng. Yang tu Sk tuang sikit kicap pekat masa goreng, ala-ala Nasi Ayam Kee Chup.
Iman mintak buatkan Kurma Kukus.
Sos Nasi Ayam
9 tangkai cili merah hidup
5 ulas bawang putih
1" halia
Garam secukupnya
3 1/2 tbs gula pasir
2 biji limau nipis (ambil jusnya)
1 1/2 tbs cuka
Kisar cili merah, bawang putih dan halia hingga lumat. Kemudian didihkan atas api. Setelah mendidih, masukkan garam, gula, jus limau nipis dan cuka. Tambah air sedikit dan masak hingga mendidih.
Sup Ayam
Didihkan semula dan masukkan 1 kiub pati ayam, 1/2 biji bawang besar potong baji, 3 ulas bawang putih dan bahagian bawah pokok daun bawang dan daun sup.
Moreh - Puding Caramel ni Sk buat tengahari. Yang ni versi ada telur, lebih lemak, hehehehe. Sahur pagi tadi, Sk dan Iman repeat nasi ayam. PI makan murtabak. Masa sahur, sebiji pinggan makan ni wassalam, kena langgar kucing. Dah sampai masanya, tak ada benda yang kekal di dunia ini, redha dan tawakal. Teringat mangsa banjir yang lebih lagi dugaannya, muhasabah selalu.
Pagi SK...wah...pagi Isnin SA dihidangkan dengan nasi ayam...dapnyaaaaa...
ReplyDeletesedap tu nasi ayam...thn ni tkde masak menu ni...puding caramel fav tu
ReplyDeleteNasi ayam dgn nasi lemak ada dlm meal plan tapi belum jadi lagi :D
ReplyDeleteSuka tgk SK punya nasi ayam, mengancam betul.
Wanginya nasi ayam semerbak sampai LD.
ReplyDeleteNak buat kurma kukus tapi belum terbuat lagi. Kena cari mambang dulu ni.
Tengok Sk buat nasi ayam ni memang betul-betul takde short cut, mesti sangat sedap.
ReplyDeleteSaya teringin puding karamel, dah ada niat nak buat. Harapnya sehari dua ni rajinlah.
Nasi ayam memang sedap SK. Alhamdulilah.
ReplyDeletesedapnya nampak nasi ayam tu
ReplyDeleteMata uncle terpana kat pung karemal teu...
ReplyDeleteSedapnya nasi Ayam, lama pulak tak makan.
ReplyDeleteSetuju....masak nasi ayam nampaknmudah tapi remeh kan...Eh...share la resep kurma kukus tu SK..Nampak sedap bethol
ReplyDeleteSedapnya, nasi ayam homemade. Terbaik, puding karamel.
ReplyDeleteBila cuti memacaam menu boleh dibuat, tahun ini dana tak buat lagi nasi ayam.... sedapnya semua kak
ReplyDeletesedapnye nasik ayam.. mudah dan sedap... akak tumis x sebelum masak nasik tu? kalau x tumis lady nk cube la resepi ni.. kje just masak mcm masak nasi biasa just tambah bahan2 yg ditulis kat atas tu? :D
ReplyDeleteNasi ayam ini saya kadang suka , kadang tak bisa. Sebab ada jahe atau halia dipakai. Kalo rasa jahe nya tak strong, saya suka. Tapi kalo terlalu berasa, memang confirm. Yg makan hanya suami 🤣
ReplyDelete