BERBUKA 1 PUASA - KARI AYAM & KUIH BAZAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

Assalamualaikum WBT 


ALHAMDULILLAH, syukur berjaya mengharungi hari pertama puasa bulan Ramadhan tahun ini. Eh eh.. first time ke puasa tu? Hehehehe. Sebenarnya kelakar, banyak baca kat threat, rata-rata macam baru nak puasa tahun ni. Ada yang cerita pasal jalanraya jammed, pasaraya penuh, roti canai habis sehari sebelum puasa dan tadi Sk baca, ada yang pertikaikan pasal ompompuan pergi mamak pakai telekung. Dahhh.. Selama ni pun memang macam tu la kan kalau bulan puasa, meriah sana-sini balik tarawih terus ke mamak tak buka telekung. Telekung ompompuan bukan selai bang! (Yang tak puas hati tu onglaki).


Lauk berbuka hari ni, Kari Ayam atas cadangan Sk. Kalau kari ayam ni memang tak ada bantahan la kan. PI pesan letak kentang banyak-banyak. Baikkkk!


PI dan Iman mintak jugak buatkan kentang goreng. Akibat menggoreng kentang ni la terlajak time nak goreng ayam, heheheh.


Dua beranak ni pergi bazar beli sayur dan kuih-muih.


Sk buat teh o panas,  teringin!


Goreng papadom.


Karipap 2 jenis sampai dibelinya. Ada seri muka dan tepung kusoi serta gendang kasturi. Lepas makan nasi, Sk terus makan karipap, seri muka dan tepung kusoi.  Sedap betul dua-dua kuih tu, Iman kata, kuih boleh pilih-pilih dan campur-campur, RM3/4pc, bukan dah siap pek.

Tapi tu la.. beriya sahur telur rebus, time berbuka.. melantak tak ingat dunia, hahahaha.


Azan dah berkumandang, ayam goreng masih dalam kuali gara-gara nak kentang goreng, heheheh. Ni gambar masa belum azan, masih menggoreng kentang.


Bungkuskan sikit Kari Ayam untuk Indah nak makan kari ayam tapi ibu tak sempat masakkan sebab jaga Ilham. Semoga hilang craving Indah nak makan kari ayam ya. Kari ayam ni kirim dengan Cikwa yang kebetulan singgah lepas tolong hantar kawannya melawat mak mentua yang kebetulan  tinggal satu taman dengan Sk.


Cikwa bagi jambu batu. Bila potong isinya merah. Lama tak jumpa guava merah ni, buka esbox jumpa asam boi, kita cicah laaa.

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tadi lepas masak pusing2 bazar naik kereta kemain ramai orang. 1st day puasa menu masak sendiri jela.

    ReplyDelete
  2. sedapnya menu berbuka SK...kar rumah SA mcm-mcm ada..blom update lagi...

    ReplyDelete
  3. Selamat menjalani ibadah puasa ramadan

    ReplyDelete
  4. Puasa pertama biasa berbuka dekat rumah mak. Semalam makan nasi, sambal ayam, sambal jawa dan Mee goreng.. Makan ala nasi ambeng..

    ReplyDelete
  5. Habis itu kena goreng ayam lepas buka ya?
    Hehe tahun ini macam meriah pula bazar Ramadan.

    ReplyDelete
  6. Kentang goreng tu nmpk sedap la pulak. Adoi, mula dah hahaha...
    PH jumpa juga pink guava tu dekat pasar malam weekend lepas. Pusing² dulu, last² terlupa beli 😅

    ReplyDelete
  7. kita menu 1st day kari ikan...kuih tkde lg sbb tk pi bazar lg..sedap tgk jambu batu pink tu

    ReplyDelete
  8. salam ramadhan... alhamdulillah,sedap menu nya walaupun ayam goreng nya kemudian ye.. he he he...

    ReplyDelete
  9. Ramadhan Kareem kak...meriah dapur akak ye,saya sensorang buka puasa malas nk up cerita sedih huwaa

    ReplyDelete
  10. Rare betul guava pink tu. selalu jumpa air je. Salam ramadan buat SK & family!

    ReplyDelete
  11. meriah sungguh makanannya.. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!