BERBUKA 26 PUASA - SAMBAL UDANG & MOREH DI RESTORAN ME'NATE

Seri Kandi Tanah Jauhar
2 minute read
5

 Assalamualaikum WBT 


PAGI ni ingatkan dah tak banyak kenderaan di jalanraya, rupa-rupanya sangkaan Sk meleset ya, tetaplah jammed rabak, hahaha. Tapi, kalau ikutkan tadi keluar lambat sikit, boleh pulak sampai awal tiga minit dari semalam,  maknanya, betullah, pengguna jalanraya sudah mulai berkurang. Mungkin kadar pengguna lebuhraya pulak yang bertambah, maklumlah, masing-masing nak pulang berhari raya di kampung.  Semoga perjalanan anda semua lancar dan menenangkan serta selamat tiba. Pandu cermat, jiwa selamat, insyaAllah.


Untuk berbuka semalam, 26 Ramadhan 1446H, Sk masak Sambal Udang makan dengan nasi putih. Selain dari tu, Sk goreng telur dadar.


Panaskan sekali Tomyum Seafood yang tak habis masa makan di Restoran Kampung Carabao. Mula nak masak Udang Paprik agar sesuai berganding dengan tomyam tapi teringat pulak, udang ni hari tu PI ada cakap untuk masak sambal, jadi masaklah sambal. Tu pun, masa Sk sedang goreng telur dadar, PI tanya, ada telur kicap tak? Tak cakap awal-awal, kita dah buat telur dadar.


Masak simple jer, berbuka itu aje, sebab dah plan nak moreh di Restoran Me'nate Steak Hub, hehehe. Sk jugak ingatkan PI jangan pergi bazar beli kuih sebab Sk nak belanja moreh.


Dah di penghujung Ramadhan ni, teringin nak moreh ala Mat Saleh.


Ada live station pasta. Boleh buat pesanan di stall dan mereka akan hantarkan ke meja.


Mee Kari. Tapi kuah dia macam ada rasa asam pedas, siap ada daun kesom lagi.


Kuih talam, fruit salad, dan colek pun ada.


Kalau nak buat pesanan ala carte pun boleh.


Bread Butter Pudding


Bantai sampai dua cawan kopi, air manis bergelas-gelas. Ada honey dew, blackcurrant dan fruit punch. Makan sampai nak pecah perut biar berbaloi kononnya. Tobat laaaa, tak mo lagi pergi moreh buffet ni, hahaha.


Nak sangat moreh kat Me'nate kan.


Okey, ni sahur.. habiskan lauk udang sambal lagi tiga ekor, add on telur mata kicap.


Buat teh o panas pulak makan dengan kek marble. Kek tu dapat cenderahati raya dari pentadbiran. Selain tu dapat kuih semprit dan kordial F&N. Syukurrrr selalu.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Moreh pun ada buffet style rupanya…
    Syok jugak boleh try makan macam-macam.

    ReplyDelete
  2. Besor udang dalam sambal tu. Best!
    Wah, moreh di Menate. Ada buffet juga ye. Saya ingat, steak semata.

    ReplyDelete
  3. Moreh pun ada buffet ye? Tak sangka!

    ReplyDelete
  4. Ni first time saya dengar pasal buffet moreh ni. Makanan banyak pilihan tu tapi berbuka kena makan sikit je sebab lepas tu boleh isi lagi.

    ReplyDelete
  5. First time jugak dengar buffet moreh ni, sedap semua nya especially bread butter puding.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!