BERBUKA 23 PUASA - MEE KOLOK DAGING & SAHUR 24 PUASA - SAMBAL SOTONG

Seri Kandi Tanah Jauhar
3 minute read
8

 Assalamualaikum WBT 


LETIH giler memasak tiga hari berturut-turut, jadi semalam SK putuskan untuk memberi mandat sepenuhnya kepada Pak Inche membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan. Sk tak kisahlah, nak dibelikan apa.. nasi ayam penyet ke, nasi beriani ke, apa-apa pun boleh. PI ajak ikut sekali. Okey jugaklah, kan.. tahun ni belum lagi jejak bazar Ramadan. Dorang cadang nak ke bazar di Gelang Patah, jadi, lepas asar kami pun keluar. Dalam perjalanan tu, PI kata, jomlah kita berbuka di Kampung Carabao cawangan Puteri Habour yang baru buka. Ya Allahhh, dahlah pakai selekeh. Iman kata, kenapa tak cakap awal-awal. Tapi, SK kata, onz sajalah.  Kami pun cuba buat tempahan tapi rupanya, nombor yang kami hubungi tu cawangan Jalan Abdullah Tahir.  


Sambil-sambil tunggu waktu berbuka, PI ajak ke City Square, nak cari seluar pakai raya. Tema raya City Square, balik kampunggg.. naik keretapi.


Tema klasik jugak macam di Midvalley Southkey.


Pintu gerbang menuju Stesen Keretapi.


Keretapi olok-olok.


Dekat sini ada bazar kuih-muih beraneka macam. Biskut raya ada, kerepek ada, kek lapis pun banyak pilihan, cuma sediakan saja fulusnya.


Boleh naik, tapi kami tengok dari luar aje sambil jalan-jalan di ruang legar ni.


Beli kuih sikit, takut tak sempat dapat makanan masa berbuka puasa.


Sk beli Nona Manis, RM3.50/  4's. Kami random eh pergi Kampung Carabao cawangan Puteri Habour sebab Sk perasan dekat whatsapp, 'can walk in'. Rupa-rupanya yang tu ayat pertanyaan dari PI, jadi jawapannya tempahan meja untuk berbuka puasa dah penuh sama ada di Jalan Abdullah Tahir atau Puteri Habour. Ada satu cawangan lagi di Stulang Laut, tapi SK tak pasti masih buka atau tutup sebab dekat sana ada kerja naik taraf jalan bagi pembinaan jambatan kedua ke Singapura.


Masa lalu dekat kawasan Kebun Teh menuju ke Jalan Abdullah Tahir, terlintas pulak untuk singgah berbuka ringan-ringan dahulu di Eleven Kitchen, kemudian barulah pergi ke Kampung Carabao makan berat nasi berlauk.


Mujur Eleven Kitchen buka.


Dah beli air siap-siap kat Puteri Habour ada Park Maya Festival. Konon nak berbuka kat situ dulu awalnya tapi meja tak ada payung. Yang ada payung semua dah kena cop, tu pun memang tak banyak meja berpayung.


Okey, kita berbuka makan Mee Kolok dulu la ya. Kami tiga beranak, tiga-tiga makan Mee Kolok Daging dengan anggapan, ianya tidaklah kenyang sangat.


Konon lepas maghrib la makan kat Kampung Carabao, jadi makan cepat-cepat terus gerak.. tapi.. PI dan Iman dah surrender. Sudahnya, terus balik rumah laaaaaa, hahahaha. Memang tidaklah ke Kampung Carabao, makan semangkuk mee ni kenyang sangat dah. Nanti tak feel pulak nak makan nasi terus.


Pukul 10, barulah Sk dan PI keluar cari nasi di Restoran Ainoni.


Sk makan Nasi Ayam Paprik, PI makan Nasi Goreng Sotong. Iman tak ikut, dia minta tapaukan Nasi Daging Merah. Mulai esok, Ainoni dah tutup eh, dorang cuti raya dua minggu, huhuhu. Hari ni nak balik Kelate, kata adik tu.


Suruh Iman masakkan nasi untuk sahur. Sk defrost sotong siap-siap, plan nak masak nasi goreng. Tapi sepanjang malam dok mimpi masak sotong, goreng gitu-gitu. Kejadian yang betul-betul pagi tadi, Sambal Sotong untuk sahur 24 Ramadhan 1446H. Nasib cili giling dan bawang ada stok siap, jadi tinggal tumis aje dalam kuali.


Goreng telur mata kuning cair, 2 biji dan yang sebiji tu kuning masak untuk Iman.


Last call, Perut Muda Air Asam. Lepas tu, sambung makan biskut hup seng celup teh o panas, hahahaha.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. lama tk mkn mee kolok..meriah daging dlm mee kolok tu

    ReplyDelete
  2. Last makan mee kolok di sarawak 10 tahun lepas huhu.. seronok juga jalan2 mencuci mata sambil makan2..

    ReplyDelete
  3. Mana la diorang dapat pondok telefon tu kan?

    ReplyDelete
  4. Kali ni tak masuk mall lagi jadi tak tahulah apa rupanya deko² raya dekat mall² sini...
    Iman macam Kakak, tak suka telur mata cair :)

    ReplyDelete
  5. melelh juga la tengok pagi2 ni... hehehe.. dugaan sungguh :D

    ReplyDelete
  6. Telur mata, perut muda air asam tu fuhh sedapnya

    ReplyDelete
  7. macam teringin pulak telur mata kicap tu... hari ni ucid minta ikan besar tiga rasa, moq pula minta bubur nasi lauk ayam... tak tahu la larat ke tidak nak masak ni

    ReplyDelete
  8. Kalo mie Kolok ini saya sukaaaa sangat.pernah coba di Dapur Sarawak KL , dan langsung JD fav saya 😍👍

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!