BERBUKA 21 PUASA - SUP TULANG SIAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
2 minute read
8

 Assalamualaikum WBT 


ANTARA yang terjejas dengan banjir di Johor ialah Angah sekeluarga. Ini kali kedua rumah Angah dimasuki air banjir separas atas lutut selepas 20 tahun, akibat limpahan air sungai. Akibatnya banyak perabot yang tidak diselamatkan kerana kembang terkena banjir. Mujurlah Angah sempat naikkan televisyen ke tingkat atas dan sofa ditinggikan ke atas batu. Paras air tidak mencecah sofa tapi beberapa almari terpaksa dibuang. Turut terlibat, sepupu Sk yang tinggal di Kampung Seri Jaya, Tampoi dan Kampung Pandan, Tebrau. Semoga Allah swt akan menggantikan kehilangan ini dengan yang lebih baik nanti, insyaAllah,  Amiiinnn Ya Robbal Alamiinnn.



Berbuka puasa semalam, 21 Ramadhan 1446H, Sk masak Sup Tulang Siam mengikut permintaan Pak Inche. Risau jugak nak masak sup ala siam ni berbanding masak sup biasa sebab kena seimbang rasa masamnya. Paling takut kalau termasin jadi Sk tak masukkan garam langsung. Sk cuma letak 2 sudu sos ikan dan satu kiub pati lembu dan perahkan jus dari 1 1/2 biji limau nipis. Kalau masak time tak puasa, bolehlah dirasa-rasa. Tulang Sk rebus dalam pressure cooker terlebih dahulu, set HP 60.


Pengiring Sup Tulang Siam, Telur Dadar Crispy by Pak Inche dan Usus Air Asam. Usus dan tulang PI beli dari penjual daging lembu yang berniaga dekat gerai berhampiran rumah. Hari tu PI dah beli 2 kilogram daging untuk masak Rendang Raya, kan. Semalam dia boleh beli lagi 2 kilo ya. Alang-alang tu, Sk potong kiub siap-siap, jadi nanti tinggal potong yang lagi sekilo. Cadangnya nak buat 3 kg rendang daging tahun ni, insyaAllah.


Sambal belacan Siam, PI yang buat jugak.


Usus ni dah dibersihkan oleh peniaga, tinggal nak cuci bersih-bersih dan bilas. Sk rebus usus dalam pressure cooker set HP 35, dia masih kenyal-kenyal. Kalau nak lembut lagi kena set HP 40 la macam Sk pernah buat sebelum ni. Sahur 22 puasa pagi tadi, kita repeat menu berbuka aje la yang senang, hehehehe.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Semoga dipermudahkan urusan Angah dan semua yg terlibat 🤲🏻 Kawan PH pun ada juga yg terlibat. Balik dari sekolah (dia Cg) air dah naik. Nak masuk rumah pun tak dapat dah, tawakkal samalah ...
    Ya Allah sedapnya usus @ kami panggil perut muda tu!

    ReplyDelete

  2. Moga dipermudah kan semua urusan buat Angah dan semua yg terlibat dgn banjir.

    Usus air asam terasa sedapnya.

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan urusan mereka yang diuji dengan musibah banjir. Sedapnya sup tulang tu. Perut air asam pun favourite.

    ReplyDelete
  4. W'salam SK..
    LZ pun biasa repeat menu berbuka untuk sahur..
    Apa pun, semoga dipermudah urusan mereka yang terlibat dalam banjir..

    ReplyDelete
  5. Itulah yg buat saya tak masak menu lokal selama ramadhan. Mostly saya masak western menu selama ramadhan Krn bumbu tak banyak pakai. Kalo masak soup, gulai, kari, saya takut terlebih bumbu , sebab tak bisa coba. hahahahah.

    Uwaaah menu usus itu nampak menggoda sangat kak 😍😍

    ReplyDelete
  6. sup tulang siam...yummmy...usus air asam tu kita slalu mkn time aidiladha je

    ReplyDelete
  7. Ternampak usus tu sedap pulak ya.....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!