Assalamualaikum WBT
SEMALAM, 20 Ramadhan 1446H, Sk ikut Pak Inche ke program berbuka puasa bersama Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) x Kelab Media Johor (KMJ) di Nenek In Forest, Jalan Tun Razak.
KMJ berpecah dua semalam, sebahagiannya memenuhi undangan berbuka puasa anjuran pasaraya econsave di Thistle Johor Bahru. Group KMJ yang join di Nenek In Forest ni dalam 15 orang jugak kot, ada yang berpasangan, ada yang bawa anak, ada yang solo, hehehe.
Menu utama, Nasi Beriani dengan pelbagai pilihan lauk-pauk seperti Kambing Beriani, Ayam Rendang, Ayam Goreng Berempah, Udang Masam Manis, Ikan Bakar Sambal juga Pie Tee dan Roti Jala sebagai pembuka selera.
Ayam Goreng Berempah
Di sana tu, Ayam Rendang.
Di sanun pulak, Udang Masam Manis dan Pie Tee.
Best jugak la berbuka puasa konsep begini. Kadang kalau makan buffet tu, bukan semua pun kita makan, bayarnya beratuihhh!
Sedap, Kambing Beriani.
Terkenang-kenang indahnya suasana berbuka di Nenek In Forest semalam. Ini kali kedua Sk ke Nenek In Forest cawangan Jalan Tun Razak. Kali pertama dulu dengan rakan pejabat boleh baca DI SINI. Sebelum ini juga, Sk pernah bawa pembaca ke cawangan pertama mereka RUMAH NENEK CAFE.
Oceanic Italian Herbs Paste Spaghetti untuk dikongsi.
Nasi beriani dia dah set macam ni, tepi tu ruangan kosong untuk letak lauk-pauk.
Alhamdulillah, dah tak berbuka seorang semalam sebaliknya berbuka beramai-ramai dengan rakan media PI dan staf pengurusan JPDC yang baik hati dan peramah sehingga tidak terasa kekok berada di kalangan mereka.
Lepas maghrib sambung menyembang dan mengopi. Lama betul Sk tak mengopi, bila ditawarkan semalam, tak mampu pulak untuk berkata tidak.
uish...meriah iftar depa...alhamdulillah..suka tengok tiap tahun rezeki SK beriftar mewah..Pasni nak tunggu open house raya plak😍
ReplyDeleteKita suka Nasi Lemak dia Kak, sedap!
ReplyDeleteKalau di sana tu ada surau ke Kak? Kadang nak buka di Cafe ni tu laa Surau kadang takde, makan nanti kelam kabut. Tapi tekak dah terasa- rasa plak Nasi Beriani tu haaa
Bestnya, makan nasi beriani dengan lauk pauk. Sedap nama kedai dia dalam english. Kalau dalam bahasa malaysia, macam bunyi seram sikit.
ReplyDeleteBest best meriah berbuka ramai2 kan. Menu pun macam2.
ReplyDeletefuhhhh 'jahat' sungguh laaa ayam dia tuuuu
ReplyDeleteNama kedai macam filem seram la pulak
ReplyDeletekopi tu nampak nikmat yg amat...
ReplyDelete