ROTI JOHN & NASI GORENG AYAM KFC JDT VS BURIRAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 



MALAM tadi, Pak Inche balik bawa ayam kentucky 2 kotak dan Roti John 2 bungkus. Ini antara makanan yang diedarkan kepada semua penonton dan petugas di Stadium Sultan Ibrahim semalam untuk berbuka puasa. Sk dah tidur masa PI balik tu dan terjaga, tengok jam dah 12.30 malam. PI nya dah siap mandi dah masa tu.


Pergi dapur, lepas tu PI tunjuk makanan dia bawa balik tu dalam peti sejuk. Eh, Sk tak boleh tau tengok Roti John. Sk keluarkan dan potong-potong, panggil Iman makan sekali. Padahal dah dekat pukul 1 pagi tu, ngadap Roti John. Ayam tu memang ayam aje dua ketul, tak ada bun, coleslaw dan kentang putarrrr. Sk jamah sikit la. Iman tak minat ayam KFC sangat.


Roti John zaman now dorang buat ala sandwich, sebab letak daging kemudian. Sepatutnya daging tu letak saing dengan telur masa panggang roti John tu kan. Tapi muailah dagingnya banyak walaupun free. Pukul 1.30 baru tidur balik tapi macam susah nak tidur pulak. Risau tak terjaga masa sahur jer.


Semalam kan tak masak, jadi tak ada la lauk left over untuk sahur. Jadi, minta Iman masakkan nasi 1 pot pukul 10 malam. Sahur, Sk goreng nasi. Rencahnya, ayam kentucky tu la. Nasib PI bawa balik ayam tu, kalau tak memang rencah telur jer la semata, hehehe.


Goreng telur mata tiga biji. Iman punya kuning masak. Lepas tu, PI tak nak telur dia, terpaksalah Sk makan telur mata tu dua biji. Iman memang tak naklah sebab kuningnya cair kan, ihhh.. geram aje. Lepas raya la agaknya baru boleh kawal diet macam tahun-tahun sudah jugak, huhu. Puasa ni malam-malam buta pun makan tak berhenti.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nampak sedap nasi goreng SK.
    Takpe, pekena roti john malam-malam. Sekali-sekala.

    ReplyDelete
  2. Saya lebih suka makan roti John tradisional, isinya hanya ikan bilis kisar dan telur, dimakan dengan sos cair..

    ReplyDelete
  3. Lama tak makan kfc. Cie suka roti john melimpah camni baru best makan. Ada yang sekali telur tu tak rasa daging. Telur semata je.

    ReplyDelete
  4. kat rumah semalam pun lepas je berbuka yg kecik tu dengan tak maghribnya lagi dah standby depan tv nak tengok JDT. Ehhhhh gi solat sekarang pastu kemas bag sekolah sesiap baru pikir nak buriram ke suriram ke

    ReplyDelete
  5. aiseh...terbalik pulak kita...kalau linda bulan puasa lah tak lalu makan...tp, tulah, berat tak turun2 pun..statik aje...hihihi

    ReplyDelete
  6. Kalau teringin, memang makan je. Telur mata yg kuning cair tu memang best. Apalagi dengan nasi goreng tu.

    ReplyDelete
  7. Sementara ada selera ni SK, SA ni selera dh pahit...semua sebab ubat ni...ntah bila nak ok balik x tau la...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!