SAHUR 21 PUASA - RESTORAN ORANG KAMPUNG

Seri Kandi Tanah Jauhar
1 minute read
8

 Assalamualaikum WBT 


SEMALAM,  Pak Inche ajak bersahur di luar pagi ni, Sk ingatkan tentulah Pak Inche hendak sahur tosei di Thoufeeq Bistro. Sk terus terbayang nak makan Roti Telur Bawang tapi, masa nak naik kereta, PI tanya, nak sahur kat ROK ke? 


ROK merupakan singkatan bagi Restoran Orang Kampung.  Sk tak kisah, tapi PI nak ke sahur nasi. Rasanya kat ROK tak ada tosei, heheheh. Sampai-sampai jer nampak sebuah kereta dikenali parking depan restoran. Tu haaa.. axia biru.


Nampak sayur pucuk manis masak lemak dan ikan kerisi goreng berlado, memang tak pandang lain la. PI ambil Ayam Masak Kicap, Telur Rebus dan Kailan Ikan Masin. 


Syahdu betul sahur nasi berlauk dengan teh o panas kat kedai, hahaha.


Selain nasi campur, ada masakan goreng panas jugak.


Best sahur dekat kedai tapi tu la, kena bangun awal sikit dari biasa sebab risau tak sempat. Sempat aje pun rupanyaaaa. Satu lagi risau sakit perut, mujurlah semua baik-baik sahaja.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Rajinnya keluar makan sahur. Siap ada nasi campur ye kedai tu. Macam sahur kat rumah dah.

    ReplyDelete
  2. Kalau bangun awal bolehlah keluar bersahur. Tapi saya tak pernah bersahur di luar.

    ReplyDelete
  3. Bestnya pepagi ada lauk macam ni, kalau kita pun nak haha...

    ReplyDelete
  4. Ada ya kedai awal-awal pagi jual nasi campur.

    ReplyDelete
  5. Aiiiih sedapnya sahur di luar. Dulu zaman dating dengan suami kami beberapa kali sahur di luar. Dia jemput saya dulu di rumah sewa, baru nak cari sahur.

    Setelah nikah dah malas 🤣🤣. Pas nak bangun tetiba dah tak semangat hahaha. Akhirnya sahur di rumah juga

    ReplyDelete
  6. Kat JB banyak port nak sahur..seremban non hado...ada pun mamak la kot..biasa kami sahur repeat lauk berbuka...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!