BERBUKA DI BUFET ALA BAZAR @ PULAI SPRINGS RESORT

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


ALHAMDULILLAH,  dah hari ketiga kita berpuasa di bulan Ramadan 1446H. Semalam, Sk dan Iman ada rezeki berbuka puasa di Pulai Springs Resort. Iman la paling seronok sebab tahun lepas dia tak dapat join berbuka di sini, jadi.. jomlah kita tengok apa yang menariks di Pulai Springs Resort. Bagi Sk sendiri, Pulai Springs Resort antara lokasi yang paling best untuk berbuka secara buffet di Johor Bahru ni. Kalau ada yang minta cadangan tempat berbuka memang Sk syorkan di sini.


Setiap tahun memang ternanti-nanti kemunculan Bufet Ala Bazar di Restoran Gleneagles Terrace, Pulai Springs Resort. Cakap jer la nak makan apa, semua ada tau. Lebih teruja bila  dapat tahu, untuk tahun ini mereka menyediakan 25 live action stall dengan lebih 200 juadah. Jom ikut Sk tengok gerai apa yang ada di Bufet Ala Bazar @ Pulai Springs Resort tahun ini.




Selepas mempersembahkan Nasi Kandar ala Pulai pada tahun lepas, Sk rasa teruja bila tahun ini ada Nasi Padang ala Pulai. Siapalah punya idea yang bernas sangat ni ya. Dahlah lama sudah tak makan nasi padang dan time puasa-puasa ni memang laaaa lapar nasi, kan. Terus eh, mula-mula Sk ambil nasi padang, heheh. Lauk dia pulak banyak sungguh pilihan seperti daging, ikan, ayam, sotong, udang, telur, kentang, nangka, pucuk ubi, petai.. dengan masakan gulai minang dan sambal berlado. Paling best ada Ayam Pop yang viral sekarang. Sk makan semua, semuaaaaaaaaaa sedap ya.


Nampak tu.... penuh pinggan dengan pelbagai lauk masakan Padang.


Iman pun makan nasi padang.




Kalau nak makan nasi dengan Asam Pedas dan Masak Lemak pun boleh. Masak lemak ada udang dan ikan. Pilihan ikan untuk asam pedas pun banyak, kita tunjuklah nak ikan apa, nanti mereka masakkan terus depan kita.





Sebagi pembuka selera, Sk ambil  Murtabak, Roti John dan Shawarma.



Ada nasi lemak daun pisang dengan Celup Tepung ikan, ketam lembut, udang dan sotong.



Yang suka makanan raya macam SK ni, memang teruja la nampak ketupat, lemang, dan ketupat palas ni.


Rendang Ayam


Sayur Lodeh


Rendang Daging


Sambal Kacang.



Durian Goreng memang favourite ya, siap ambil dua kali, hehe.


Penggemar masakan Pantai Timur, ada Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan Laksam tau.


Nasi Kerabu.


Nasi Kerabu dengan condiments lengkap.


Keropok ikan makan dengan nasi kerabu.


Nasi Dagang.


Gulai Ikan Tongkol.. lauk nasi dagang.


Nasi dagang lengkap lauk.


Laksam untuk penggemarnya.



Nasi Arab ala Pulai dengan Gulai Kambing dan Lamb Shank ya. Nanti Sk tunjuk video nasi arab kat reels ig Sk ya.



Indian Street Food, Pani Puri ni jangan miss tau kalau datang sini.




Coconut Shake memang ada tiap-tiap tahun, sedap uiii.. kalah Klebang Coconut Shake. Aisnya halus cair dalam mulut.






Pelbagai jenis barbeku ya, ada kambing, lembu dan ayam bergolek-golek. Sate ayam dan daging pun ada. Rugi kalau tak makan tu, menyesal nanti!



Makan barbeku kena ada pasta, baru sesuai, kannn.


Ada Sup Tulang Merah makan dengan Roti Perancis. Butermilk Lala makan dengan roti mantao pun syiokkkk!



Sup Gearbox dan Sup Tulang biasa pun ada, makan dengan softroll, sedappp!


Untuk peminat k-drama, dah tak craving nak makan topokki dengan ayam Korea, hehehe.




Steamboat dan Mee Celup pun ada. Rasa Sk, tahun ni la ada mee celup.


Paling best bila berbuka dengan aneka air balang dia. Sampai tak tahu nak pilih mana satu, last pilih semua baru puas hati.


Minuman panas pun berderet ya.. minumlah mana-mana suka. Aduh, nikmat betul berbuka dengan minuman panas ni tau, legaaa rasa lepas seharian berpuasa.



Untuk anak-anak, mesti suka sebab ada banyak gerai dessert jugak seperti Kunafa, ABC, Waffle dan Popcorn. Lepas berbuka boleh tonton filem tepi kolam tau sambil baring atas beanbag, jangan sampai tak bangun sudahlah, hahahha.



Layan kek blueberry cheese dengan milo panas, heavennnn.. Alhamdulillah.


Bufet Ala Bazar ni bermula dari 2 Mac hingga 30 Mac 2025, jam 6.30 pm hingga 9.30 pm. 

Harga RM139 (dewasa) & RM69.50 (kanak-kanak 4 - 12 tahun)

Beli 10 dewasa dapat percuma 1 dewasa.

Untuk tempahan boleh whatsapp - 0167332918 / 0167332919 atau telefon 07 5212121.

Surau disediakan dan tempat letak kereta percuma!

Datanglah korangggg!

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. WAH...Macam menarik ni....nanti kita forward kat menteri kewangan kita

    ReplyDelete
  2. Makk aihh....meriah sungguh buffet-nya. Segala jenis makanan ada.
    Durian goreng, belum pernah merasa.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!