BERBUKA 25 PUASA - KUIH-MUIH & LAKSA PENANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
1 minute read
6

 Assalamualaikum WBT 


MINGGU akhir puasa, rasa malas letih sangat nak masak. Semalam, plan berbuka di luar, tapi dua buah restoran yang hendak ditempah, dah full house ya. Disebabkan memang nak sangat makan kat situ, kami berbuka di rumah dulu la, lepas solat maghrib baru keluar makan. 


Balik kerja, Sk singgah gerai jual makanan berbuka berhampiran rumah. Ni kali ketiga Sk beli makanan kat sini, senang la dari pergi bazar. Karang kalau pergi bazar, takut terlebih beli pulak, hahaha.


Beli Karipap Kentang 4 ketul, burger Malaysia 1 pek, donut 1 pek, tepung pelita 1 pek, Laksa Penang 1 pek. Total, RM20. Laksa bahagi dua, Iman semangkuk,  PI semangkuk. Sk jamahlah dua sudu, makan karipap seketul, burger sambal seketul. Lepas tu bancuh teh o panas,  nikmatttt!


Ketupat palas untuk raya, Sk beli dengan kawan (ejen). Masa muda-muda dulu, ada kot dua kali buat sendiri ketupat palas. Sekarang ni, beli frozen aje, tinggal kukus 30 minit. Sebenarnya rindu nak makan ketupat palas yang direbus, yang rasa kenyal berdaging pulutnya. Sekarang-sekarang ni yang banyak, yang derhaka, kan. Tapi, nak makan punya pasal, belilah jugak. Dahlah tak murah, hahahaha. Yassalammmm.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ketupat Palas ini yg saya belum pernah rasa. Di sini ada ketupat dr ketan, tp ntahlah rasanya sama atau tak.

    Laksa Penang 😍😍. Dah lama tak makan ini

    ReplyDelete
  2. tula dh ujung2 malas nk masak kan ..lama tk mkn donut..kalo kt klate suka ketupat manis ada inti kacang or inti serunding daging

    ReplyDelete
  3. ye tak murah harga ketupat palas. huhu. tahun ni macam malas nak buat.

    ReplyDelete
  4. Ketupat palas kalo org tua2 buat sedap...saya pun g tempah dekat tok cik husband..belum sampai lagi ketupatnya...

    ReplyDelete
  5. Betul SK, ketupat yg kenyal² tu sedap. Lemang pun sama, yg dulu² ada garing² sikit sedap ya amat.
    Cukup ye 2 sudu je makan laksa tu SK 🤭

    ReplyDelete
  6. dulu2 ammi tak pernah makan pun ketupat palas. yelah mungkin belah2 adik beradik mama tak makan ketupat palas kot. belah bapak ammi mana raya kan. kenal ketupat palas bila ntah..tapi belum pernah beli walaupun yg frozen

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!