Assalamualaikum WBT
SUDAH lebih 24 jam hujan melanda di seluruh Johor. Jabatan Meteorologi Johor juga telah memaklumkan bahawa hujan lebat berterusan dijangka berlaku sehingga esok, Jumaat, 21 Mac 2025. Ketika ini, beberapa pusat pemindahan sementara mangsa banjir (PPS) telah pun dibuka kepada orang ramai yang terjejas. Semoga urusan mereka sama ada mangsa atau petugas dipermudahkan. Akibat hujan berlarutan jugak, pagi ni Sk sampai lewat ke pejabat padahal keluar awal sikit dari semalam. Bertabah sajalah mengadap jalan jammed dengan rasa nak terkucilnya, huwa huwa huwa.
Syukur, dapat jugak makan Nasi Beriani untuk berbuka puasa semalam. Mulanya memang ingat nak pergi beli nasi beriani bazar Ramadhan, tapi tu pun kalau rajin la. Tup tup kawan Sk whatsapp menu jualan kantin Kak Sab semalam, ada nasi beriani, kari kambing dan pelbagai lagi lauk. Berdesup la Sk pergi kantin takut habis, hehehe. Bulan puasa ni, Kak Sab ada ambil tempahan katering, tu yang kadang-kadang memang dia masak lebih untuk jualan di kolej. Cuma Sk jer malas nak turun kantin tengok apa yang ada.
SA x mengidam nasi beriani tapi mengidamkari kambing...cadangnya nak buat weekend ni sebab dah dapat bonus..nak jamu la semua makan best sikit
ReplyDeletenasi beriyani lauk kari kambing sedap tu...wah dpt gift dr MB Johor...sdap nmpk biskut Red Velvet Nutella
ReplyDeletewah menarik cara SK panaskan lauk dengan nasi beriyani tu, boleh lah kak ana try nanti dari buh dalam microwave kadang-kadang kering jadinya kan :)
ReplyDelete