Assalamualaikum WBT
KISAH sebelum bulan puasa, jalan-jalan ke Aeon Mall Tebrau cari baju raya pertama Pak Inche dan Iman.
Dah tengok-tengok kat butik kemudian pergi pulak kat aeon. Harga baju raya aeon dah dekat sama macam harga butik ya, dulu tak sampai pun RM200, hurmmm, baik beli kat butik jer gitu.
Tapi, yang sebenarnya, tak jumpa warna yang kita nak, hahahaha.
Kami ke poplook, tapi tak ada saiz bagi warna yang kami nak. Staf kata, nanti beli online aje, jadi Iman fitting dulu saiz apa yang sesuai. Macam Sk pernah cakap sebelum ni, ramai orang plus size yang saiz badan macam Iman jadi agak sukar nak dapat saiz dia di kedai, biasanya dah habis. Tapi masa tu, belum puasa lagi dah habis, huhu.
Cantik-cantik baju kat poplook tapi Sk tak minat nak beli baju raya tahun ni. Lepas tu nak beli baju raya PI kat aras bawah, tak ada saiz pulak. Kenalah jugak beli online.
Dah kelaparan memasing, kami singgah di Peranakan Place ni kononnya nak alas perut sebab lepas tu baru nak makan berat sikit kat luar mall.
Belek-belek menu.
Pesanan kena buat melalui QR.
Cendol dia sedap betul!
Rojak buah ada keropok ikan. Sedap jugak calit-calit kuah rojak kat keropok ikan tu.
Buah dipotong kecik. Banyak jugak portion dia.
Pesan Pie Tee. Intinya sayuran dan crabsticks.
Laksa Nyonya pun sedap. Makan kongsi-kongsi semua.
Mula Iman tak nak Laksa Nyonya ni, takut kenyang sangat. Sk kata, takpe, kita makan sama-sama.
Sudahnya, semua kenyang betul-betul padahal makanan ni semua kongsi, tak ada ambil main course seorang satu, hehehehe.
Sk boleh pulak minum Teh Tarik, lagilah dia punya feel tu kan.
Banyak street food ala Jonker Street Melaka, jadi, kalau rindu kampung angkat, datang sini aje.
Ada nasi lemak pandan dengan pelbagai pilihan lauk.
Cendol Baba. Memang betul sedap cendolnya tu, macam cendol kat Mahkota Parade.
Tenang.
Abang adik!
Lepas tu, pergi Paradigm Mall pulak, PI nak tengok baju raya kat sini dan nak beli Coconut Shake. Tapi, booth raya dorang belum siap, hahaha.
Beli coconut shake aje la. PI minum air kelapa. Mahal giler, 35 lebih, total.
Edit: Terjumpa gambar resit, huhuhu.
Cari kasut raya pulak untuk Iman.
Cantik bertali-tali.
Sugar daddy.
Sampai dah baju raya Iman ni minggu lepas.
Nasib baik sampai, Sk dah risau sebab banyak parcel sangkut kat jnt Yong Peng Gateway kan. Baju raya PI pun sangkut beberapa hari jugak. Ni ada dua lagi parcel sangkut dan semalam boleh pulak beli lagi barang, aduiii, janganlah sangkut jugak, hahahaha.
oh kt johor pn ada peranakan place..sama mcm kt kl ..suka cendolnya pekat
ReplyDeleteRojak buah dia nampak sedap, sebab kuah pekat camtu, menyaluti kesemua buah. Kat sini rojak buah banyak yang cair, kurang kick. Wah, dah selamat beli baju raya ya. Semoga parcel semua selamat sampai.
ReplyDeleteNak raya ni mmg byk parcel nak diserahkan. PH tengok abang² kurier sibuk betul lepas satu, satu datang. Ting tong tapi bukan rumah PH 😂 kita x pandai shopping online...
ReplyDeleteCantiknya pai tee dia... macam berkuah pulak
ReplyDeleteRamai mencari baju raya sebelum puasa lagi. Tu yang banyak size dah takde.
ReplyDeleteCantik2 baju di Aeon Mall. Pie tee, lama nya tak makan. Cendol pun sama. Bulan puasa ni semua sedap.
ReplyDeleteAwal dah cari baju raya
ReplyDeleteMenarik inti pie tee tu SK.
ReplyDeleteTak sabar nak beraya bila dah ada baju raya. Kalau saya.... agaknya tak sempat tunggu raya, pakai terus untuk ke ladang hahahahaa!
Tergelak saya tang sugar daddy tu 😂
ReplyDeleteBiar betul, coconut shake dan air kelapa aje dah RM35+ 🤑
Baju raya kami tahun ni dah siap beli beberapa minggu sebelum puasa. Siap awal senang hati.
ammi kan kalau gi berjalan raya rumah family selesa pakai selipar je (selipar basahan tu) sebab nyampah woooo bila kasut kita kena pijak2 ngan orang
ReplyDeletesedapnya...laksa nyonya, rojak buah..
ReplyDeletecantik2 baju rayanya
ReplyDeletenampak cendol tu menggoda betullah..tetiba berbuka nanti nak cari cendol hahha
ReplyDelete