BERBUKA 27 PUASA - NASI BERIANI KAMBING BAZAR RAMADHAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
1 minute read
8

 Assalamualaikum WBT 


TINGGAL lagi dua hari berpuasa dan dua hari nak raya. Hari ni plan nak selesaikan kain baju dulu, malam ni gantung langsir baru dan esok mula merendang.  Sambal Cengeng masak subuh hari raya la, sediakan bahan siap-siap, pagi tinggal menumis. Hari tu, Ammi tanya, Sambal Cengeng tu apa? Sambal Cengeng tu, Sambal Kacang Special, adik-beradik dan keluarga  panggil Sambal Cengeng. Special tu sebab ada tetel atau daging dalamnya tapi taklah banyak, kalau untung dapatlah, hehehe. Cengeng tu sebab makan sampai berhingus berair hidung kerana kepedasan, heheheh.


Semalam, Iman berbuka di luar dengan kawan-kawan lama semasa mereka bekerja sambilan sebagai juruwang di Petronas Kobena. Pak Inche kata, tak payah masak, dia beli Nasi Beriani Kambing di bazar Ramadhan. PI pesan rebus telur dan goreng papadom nak makan dengan nasi beriani. 


Tu dia apabila diberi mandat ya.


Pertama kali Sk jumpa Popia Basah Habibi Alibaba. Popianya tak dimakan pun semalam.


Beli Rangka Ayam Percik, pun sama.. tak makan.


Telur rebus dua biji. Sk kukus jer dalam periuk nasi.


Penuh sebekas nasi beriani, cuba sedaya upaya nak habiskan tapi gagal. Sk cakap, orang lain agaknya makan kongsi, kita jer tamak.  Sebungkus ni tak silap RM16.


Sahur pagi tadi, masak Nasi Goreng Sambal Belacan. Masak nasi baru malam tadi, pagi ni goreng, tumis sambal belacan Siam PI buat hari tu, pecahkan telur, masukkan nasi sejuk. Tak letak sebarang haiwan, kosong gitu aje nasi gorengnya tapi tetap sedap, hehehe. 


Goreng telur mata dua biji, Sk satu, Iman satu. PI tak nak telur mata tapi dia layan jugak dengan baki Sup Tulang Siam. Sedap makan nasi goreng sambil hirup sup siam, heheheh. Dah dah.. jom tidur mengemas!

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Suka nasi goreng. Simple dan sedap tu.

    ReplyDelete
  2. sambal cengeng...mau nangis kepedasan hehe...

    ReplyDelete
  3. Sedap semuanya. Popia basah tu lagi lah terliur.

    ReplyDelete
  4. Suka nasi goreng simple macam tu.
    Nasi beriani kambing nampak sangat sedap!

    ReplyDelete
  5. Selamat berbuka puasa nasi biryani kambing.

    ReplyDelete
  6. Perut dah kenyang apa lagi? Mengemas la kan? Heheh

    ReplyDelete
  7. Cantik kejadiannya nasi goreng tu sesedap rasanya tewww :)
    Jom² kemas apa yg patut hihi

    ReplyDelete
  8. Kadang pergi bazar tengok je orang jual nasi beriani, tapi saya tak beli.. Tak terasa nak makan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!